Tips Untuk Sihat Dan Bergaya Dengan Six Pack Di Musim Perayaan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Bila tiba hari raya pasti jejaka-jejaka idaman Malaya akan melaram sakan dengan baju baru. Dengan pakaian baru yang sangat bergaya dengan fesyen terkini. Tak kurang yang berkerja keras supaya kelihatan sihat dan bergaya dengan ketul-ketulan pejal di bisep.

Tapi sempena Hari Raya Aidilfitri ini pasti nafsu makan akan melonjak sakan, menggila habis melihat pelbagai juadah yang terhidang sana sini penuh menyelerakan. Almaklumlah sebulan sudah berpuasa di bulan ramdhan, melihat kerepek ubi kayu pun rasa sedap apa lagi bila melihat lemang yang dipasang kan dengan rendang tok. So delicious. So yummy dor my tummy.

Jangan biarkan nafsu makan merosakkan wajah macho sihat dana bergaya itu. Jangan terlalu lahap. Kekalkan matlamat untuk six pack dan cegah diarrhea.

Sihat dan Bergaya - Bila terlebih saiz perempuan tengok saja la
Sihat dan Bergaya – Bila terlebih saiz perempuan tengok saja la

Tapi jangan dilupa di musim perayaan ini diarrhea memang suka mendampingi kita. Salah sikit pasti diarrhea datang berkunjung dan menjengah kepala. Kalau diarrhea ni singgah sejam dua tak mengapalah kalau singgah berhari-hari macam mana? Haru jawab nya.

Jadi sebelum diarrhea datang melawat dan bertandang dengan kita baik beringat dulu. Makan jangan ikut nafsu tapi makan ikut keperluan saja. Makan berpada-pada saja. Ambil ikut keperluan saja.

Jangan jadikan bulan Ramadhan saja bulan sihat, bulan Syawal bulan makan sampai lebam. Qada’ makan katanya. Almaklum lah sana sini ada open house dengan 1001 juadah hidangan. Jangan dan jangan.

Jadikan bulan Ramadhan adalah permulaan untuk matlamat kita untuk six pack. Kekalkan momentum yang sama untuk terus mencapai bentuk badan impian dan berat ideal. Untuk menjadi lelaki idaman Malaya yang sihat dan bergaya. Selain itu boleh juga mendapat stamina optimum yang penting dalam kehidupan seharian. Apa yang penting stamina? Nanti kita bincangkan kemudian kenapa stamina penting.

Jom sambung puasa sunat enam di bulan Syawal.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Alhamdulillah sudah sampai kita ke separuh Ramadhan kita lalui,
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ramadhan mendekat, kurang dari 24jam kita akan mula
(Visited 44 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

8 thoughts on “Tips Untuk Sihat Dan Bergaya Dengan Six Pack Di Musim Perayaan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge