Isu 20 sen

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Isu 20 sen hangat diperkatakan sana sini, ada yang pertikai ada yang sokong. Ada yang marah ada yang gembira dan yang lebih parah ada yang amuk. Isu 20 sen naik nya harga minyak RON95 menjadi RM 2.10 seliter.

Isu 20 sen, pada siapa saya patut marah?

Isu 20 Sen
Isu 20 Sen

Isu 20 sen membuat saya juga marah. Tapi pada siapa saya mahu marah? Marah pada PM, dengarkah beliau cakap saya? Marah pada wakil rakyat kawasan saya, mahukah di layan soalan saya? Marah pada bos tempat kerja saya sebab isu 20 sen naik harga minyak, pasti saya dapat surat notis berhenti kerja? Pada siapa saya nak marah? Nak mogok, nak riot, selesai kah masalah?

Saya nak marah pada pengundi parti A dan parti B dalam PRU13? Siapalah saya? Undi hak masing-masing. Undi pun dah undi jadi tunggulah PRU14, kalau ada umur.

Saya hanya boleh marah pada orang dekat dengan saya. Orang paling dekat dan sentiasa dengan saya adalah anak isteri saya. Tak mungkin saya mahu lepaskan amarah saya pada anak isteri berkenaan isu 20 sen? Mana mungkin.

Jika saya marah pada anak isteri saya pasti saya akan jadi seorang bapa yang kejam. Mungkin juga anak saya menjadi satu dari angka statistik penderaan kanak-kanak. Saya tidak mahu anak saya jadi mangsa.

Penyelesaian saya bagi isu 20 sen

Isu 20 sen kenaikan harga minyak RON95, memang saya tidak setuju. Siapa lah nak setuju harga barang naik atau jadi mahal. Tipu kalau saya tak terasa. Saya hanya kerja makan gaji, cukup bulan masuk duit gaji, satu minggu duit gaji habis sebab bayar hutang sana sini. Itu belum lagi makan pakai anak bini yang juga perlu saya jaga.

Isu 20 Sen : Terus berusaha mengubah diri
Isu 20 Sen : Terus berusaha mengubah diri

Gaji blog? Adalah duit dari blog ini, bukan tiada tapi tidaklah sekencang blog hebat lain. Blog saya biasa-biasa saja. Blog yang bercerita tentang rasa dan pengalaman saya saja tiada yang segah mana. Syukur sebab ada dari tiada.

Apapun yang terjadi, isu 20 sen ke apa? Ini penyelesaian saya:

  • Terus bekerja dengan lebih kuat dan tekun lagi. Fokus pada kerja.
  • Terus belajar sehingga tamat pengajian dan belajar lagi sehingga akhir nyawa. Bagi saya hanya dengan ilmu mampu mengubah diri saya dan keluarga.
  • Terus berusaha dan merangka masa depan. Masih merangka untuk lompat ke bidang perniagaan. Innshallah.
  • Terus menulis blog, dan berkongsi ilmu yang saya ada dengan saudara semua. Saya percaya ilmu itu kuasa. Dan akan terus mempraktikkan ilmu SEO Merah Jambu, viral Facebook, dan Teknik Elak Kekeringan Idea Menulis Blog. Bagi saya dengan kombinasi ketiga-tiga ini mampu meningkatkan pendapatan blog saya.
  • Berusaha sehingga akhir nyawa.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Semakin banyak kes pembunuhan kejam yang terjadi kebelakangan ini.
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Dalam entri sebelum ini, Kejamnya Manusia, saya
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 38 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

17 thoughts on “Isu 20 sen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge