Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sebelum perlawanan ramai yang menyebut Mesut Ozil dan Fellaini, pemain berambut afro yang menjadi pemain tumpuan minggu ini. Memang ramai yang menunggu penampilan pertama dua pemain ini dengan kelab baru mereka iaitu Arsenal dan Manhester United.

Saya juga menunggu untuk melihat perancang utama baru Arsenal, Mesut Ozil dalam penampilan pertama nya. Memang aksi beliau amat memukau dan memainkan peranan utama buat Arsenal dalam menentang Sunderland pada Sabtu lepas.

Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini
Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini

Namun begitu, selepas kesemua perlawanan minggu ini berakhir, saya boleh simpulkan bahawan pemain tumpuan minggu ini bukanlah Mesut Ozil atau Fellaini tapi Jonjo Shelvey iaitu pemain tengah Swansea dan juga bekas pemain Liverpool. Liverpool mengharapkan kemenangan ke atas Swansea untuk menduduki taktha liga.

Awal pagi semalam, berlangsungnya perlawanan antara Liverpool dan Swansea yang berakhir dengan keputusan 2-2. Dua gol Liverpool dijaringkan oleh Sturridge dan Moses manakala gol Swansea dijaringkan oleh Jonjo Shelvey dan Michu.

VIdeo Gol Pemain Tumpuan Minggu Ini – Jonjo Shelvey

Apa yang menariknya, Jonjo Shelvey adalah pemain penting dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan 1 gol dan 3 assist. Apapun, Jonjo Shelvey telah memohon maaf secara terbuka kepada peminat Swansea diatas kesilapan yang dilakukannya.

Bagi saya, Jonjo Shelvey sememangnya pemain berbakat besar cuma mungkin beliau perlukan sedikit masa lagi untuk jadi nama besar dalam pasukan.

Semua manusia melakukan kesilapan.

Asaalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Eden Hazard telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai salah
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini, English Premier League masuk mingu ke-23,
(Visited 14 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge