Kenapa Nuffnang Kedekut Dengan Saya?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Saya telah menyertai program Nuffnang sejak mula saya aktif berblog iaitu sekitar tahun 2009 (dengan blog lama), kalau tidak silap. Saya tidak pernah lagi tukar ke advertorial lain. Nuffnang adalah program advertorial pertama yang saya sertai dan menjana hasil. Program kedua adalah 8share.

Kenapa Nuffnang Kedekut Dengan Saya?
Kenapa Nuffnang Kedekut Dengan Saya?

Walaupun telah lama dengan Nuffnang, namun saya rasa pendapatan saya dengan Nuffnang agak sedikit. CPUV memang tiada langsung lagi dari awal tahun 2013 hingga kini. Nuffnang kedekut dengan saya. Ini adalah pengakuan jujur dari saya.

Sejujurnya saya agak cemburu dengan kawan-kawan yang dapat CPUV dan sponsor post, kadang-kala bukan satu tapi dua tiga sekali gus. Tapi saya, masih tiada rezeki dengan Nuffnang dan saya percaya ada rezeki saya di tempat lain.

Kenapa Nuffnang Kedekut dengan saya?

Saya akui ini kesilapan saya yang membuatkan Nuffnang kedekut dengan saya. Antara kesilapan saya adalah:

  • Tidak dapat nak bagi komitmen untuk sertai event Nuffnang. Event last saya pergi adalah Pelancaran LG Smart TV.
  • Jarang lepak di laman Nuffnang dan tinggalkan komen di blog Nuffnang.
  • Tidak aktif bersosial dengan Nuffnang.
  • MALAS (ini punca utama)

Ini adalah antara sebab mengapa Nuffnang kedekut dengan saya. Tapi tengok orang yang aktif kat Nuffnang seperti MrJocko. Tanya beliau bagaimana kencangnya pendapatan beliau dengan Nuffnang. Ikut nasihat MrJocko : ‘Jika ada jemputan event pergilah

Kenapa saya masih setia dengan Nuffnang? Sebab dari pengalaman saya, Nuffnang tidak ada lagi masalah pembayaran jadi buat apa saya bertukar. Lagipun ‘blogging is my passion’, saya percaya selagi saya menulis dengan ikhlas akan ada rezeki yang mendatang. Innsyallah.

Jangan malas.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku Tuan Denaihati telah bermurah hati untuk memberikan satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu
(Visited 29 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

22 thoughts on “Kenapa Nuffnang Kedekut Dengan Saya?”

  1. kawe bukan aktif,,, kawe SUPER AKTIF,,, ekekekek,,,
    faham konsep bloggers ada lebih 300000,,,
    kalau anda tak tunjuk muka kat Nuffnang atau Komuniti Bloggger lain,,, camana mereka nak tahu anda exist ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge