Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Isnin lalu, saya bersama isteri pergi menonton Elysium di KLCC, ini adalah pertama kali kami ke pawagam selepas beberapa lama tidak ke pawagam. Rasanya hampir sudah 3 tahun saya tidak jejak kaki ke pawagam. Selepas berkahwin memang saya tidak pernah lagi setakat ini menjejak kaki ke pawagam tanpa ditemani isteri. Saya hanya akan menonton jika bersama isteri saya.

Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam?

Ya, kita perlu nyanyi lagu Negaraku dalam pawagam sebelum bermulanya movie. Itu yang saya lalui semasa menonton Elysium.

Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam - Semai semangat patriotik di jiwa
Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam – Semai semangat patriotik di jiwa

Dikatakan, ini adalah bertujuan memupuk semangat patriotik dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Dan saya amat setuju dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa Rakyat Malaysia yang dilihat semakin pudar, begitu juga dengan semangat kekitaan.

Sejujur saya katakan saya kurang bersetuju untuk nyanyi lagu Negaraku dalam pawagam kerana ia seperti merosakkan mood untuk menonton. Tapi jika itu adalah jalan terbaik untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia, saya rasa ianya perlu.

Semasa saya menonton Esylium, saya sempat melihat sekeliling ketika arahan untuk bangun bagi menghormati lagu Negaraku dan nyanyi lagu Negaraku, saya lihat ada lebih kurang enam orang yang berdegil dan duduk semasa lagu Negaraku di mainkan. Antara yang saya perasan adalah warga asing dari Timur Tengah.

Pada pandangan saya, mungkin kerajaan kita perlu memikirkan alternatif lain bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia. Mungkin boleh digunakan pendekatan Thailand dimana lagu kebangsaan mereka akan dinyanyikan dua kali sehari dan semua rakyat wajib berdiri tegak apabila lagu kebangsaan mereka dimainkan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bangga menjadi rakyat Malaysia dan kibarkan bendera kita. Kita yang harus mulakanya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
(Visited 42 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

24 thoughts on “Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge