Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku……

Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan Myanmar di Kuantan Pahang. Tak sabar nak melihat aksi squad bimbingan Ong Kim Swee.

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee

Sememangnya saya suka melihat aksi squad bimbingan Ong Kim Swee. Taktikal dan kreativiti yang ditonjol oleh Harimau memang hebat.

Malam ni Harimau akan turun dalam perlawanan akhir antara Malaysia lawan Myanmar bagi menentukan juara Pestabola Merdeka. Saya harap Harimau akan muncul juara malam ini.

Ingin melihat sekali lagi aksi garang Harimau malam ini seperti yang dilakukan semasa Harimau baham Gajah. Moga terkaman Harimau menjadi walaupun mungkin terpaksa turun tanpa Wan Zack Haiqal.

Aksi Pertama Ozil Bersama Arsenal

Malam ini juga taj sabar nak melihat aksi Arsenal lawan Sunderland di Stadium of Light. Harapnya Arsene Wenger akan menurunkan Mesut Ozil disamping Giroud dan Cazorla.

Dengarnya Bale juga akan diturunkan untuk bersama Ronaldo pagi nanti.

Jawapnya menunggu bola malam ini dengan secawan kopi.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Asalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pintu perpindahan bagi pemain bola sepak liga Inggeris
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... JDT dikhabarkan sudah mengambil Pablo Aimar. Team lain
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge