Mainan Baru – Pita Ukur Elektronik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Mainan Baru - Pita ukur elektronik
Mainan Baru – Pita ukur elektronik

Selama ini, dalam melakukan kerja senggaraan kami menggunakan pita pengukur. Namun pita pengukur ini mempunyai beberapa kelemahan antaranya panjang yang terhad (biasa pita pengukur panjangnya adalah 7.5m), memerlukan dua orang bagi kerja ukur dan agak lambat. Jadi kami telah membuat keputusan untuk membeli mainan baru yang kami beli untuk memudahkan kerja ukur untuk lakukan kerja senggaraan.

Alhamdlillah, kesulitan kami dapat atasi dengan mainan baru yang kami beli iaitu Pita Ukur Elektronik, Bosch DLE 70. Dengan pita ukur elektronik ini kami boleh mengambil ukuran panjang, luas dan isipadu dengan lebih cepat. Mainan baru ini dilengkapi dengan pancaran sinar leser untuk mengambil ukuran dan spirit level bagi memastikan ukuran yang di ambil lebih tepat.

Mainan Baru - Bosch DLE 70
Mainan Baru – Bosch DLE 70

Pita Ukur Elektronik ini tetap mempunyai kelemahanya kerana ianya kurang sesuai untuk kerja luar bangunan dan perlu dikalabrasi setiap enam bulan.

Namun mainan baru ini tetap memudahkan kerja kami, alhamdulillah.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Haiqal Jadi Hulk Setiap
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
(Visited 40 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Mainan Baru – Pita Ukur Elektronik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.