Salah Siapa Pelajar Jadi Manja

Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Zaman yang makin canggih dan maju ini di lihat para pelajar jadi manja, makin manja yang melampau. Kena rotan terus terpampang di dada akhbar, kena denda sikit terus masuk buletin utama dan macam-macam lagi. Saya sendiri kadang kala terdiam.

Salah Siapa Pelajar Jadi Manja
Salah Siapa Pelajar Jadi Manja

Gambar di atas adalah yang saya ambil dari laman sosial muka buku. Dan saya telah bertanya kepada kawan saya yang menjadi guru adalah semua ini betul, jawab mereka betul. Saya tidak pasti.

Tapi dari segi senarai yang saya lihat semua ini adalah antara isu yang keluar di dada akhbar Harian Metro, Berita Harian dan juga Buletin Utama. Mungkin sekarang ini pelajar kita tidak boleh disentuh atau tegur, benarkah begitu? Mengapa para pelajar jadi manja?

Saya boleh katakan lebih 50% dari senarai di atas saya pernah kena buat pada masa saya bersekolah dulu. Ya saya adalah pelajar yang nakal zaman sekolah dulu. Saya pernah kena berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, berdiri luar kelas, cabut pokok semalu, cabut rumput, lari kaki ayam, rotan, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, star jump, kena rampas sebelah kasut, kena gunting rambut dan banyak lagi. Ya semua saya pernah kena dengan guru-guru saya dulu.

Saya memang bencikan guru saya semasa saya sekolah dulu. Setiap kali kena denda saya akan menyumpah-nyumpah kerana saya rasa saya tidak salah. Saya tidak pernah mengalah dan muhasabah diri.

Pernah juga saya balik kerumah, cuba mengadu pada abah saya, ini jawapan yang saya terima ‘Nak abah tambah lagi’. Sejak itu saya tidak pernah lagi mengadu apa-apa pada abah.

Itu memang abah saya, dia memang selalu berpesan pada semua guru kepada anaknya, saya sendiri pernah dengar iaitu ‘Cikgu buatlah apa saja, ajarlah anak saya. Pukul tak mengapa jangan mati sudah’.

Mungkin zaman sudah berubah, murid dulu mungkin lebih kental berani tapi takut dan hormat kepada guru. Nampak saja guru pasti kelam kelibut lari terjun parit dan paya, terutama cikgu disiplin. Pelajar kini mungkin mereka lebih sentimental, pelajar jadi manja.

Apapun, saya tetap ingin terima kasih kepada semua guru dulu dan kini, terutama mereka yang pernah mengajar saya dan denda saya. Kerana tanpa mereka semua saya tidak akan ada ditempat sekarang ini. Terima kasih cikgu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah
(Visited 34 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

13 thoughts on “Salah Siapa Pelajar Jadi Manja”

  1. zaman internet sekarang..laju je terus je femes isu ini..kalau dulu..setakat kena tampar tu..kena luku,kena malu tu semualah sebenarnya yang mengajar murid-murid ni untuk berjaya….

    ada gak kkdg guru tu ikut emosi, bukan rasional..tapi dengan hukuman gini la ramai murid yang masih ingat cikgu mereka walau dah berpuluh tahun..

    *aku sampai sekarang masih ingat nama cikgu yang tampar aku dulu..ahaha..aku tak dendam pun..erm..mana la agaknya cikgu tu skang

  2. hmpr kesemua tue cik tom penah rasa time sekolah dulu..

    budak2 manja time sekolah melarat smpi ke U…pening mcm2 ragam stdt n tahap pemalas…semua slh mak ayah terlampau syg anak tak bertempat..kena denda sikit wlpn slh pelajar..terus buat report psl cikgu..tue kpm buat syarat camtu…mls dah nak dgr isu2 saman dari parents…
    cik tom recently posted..Dari Kuala Pilah, N9 ke Jengka, PahangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.