Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…….
Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan yang hilang dari diri kita kini? Tenung dalam jiwa sendiri melihat mencari semangat yang hilang.
Apakah itu semangat kekitaaan? Saya tidak tahu maksudnya dari segi bahasa atau kamus dewan. Tapi dari segi pemahaman saya ianya adalah perpaduan, kesatuan. Utuhkah perpaduan kita kini?

Saya tidak ingin melihat jauh. Cukup kita melihat dalam keluarga kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai yang akan membantu adik beradik mereka yang susah? Berapa ramai yang turun merewang setiap kali kenduri? Berapa generasi keluarga yang kita kenal?
Apakah jawapan jujur saudara semua untuk soalan di atas?
Kalau orang tua dahulu bukan setakat kenal sepupu sepapat, dua pupu atau tiga pupu, bau bau bacang pun mereka masih kenal dan akrab. Amat akrab persaudaraan mereka. Tapi kita sekarang sepupu sepapat pun kita sudah tidak rapat. Tidak bersatu hati. Kau kau aku aku, semangat kekitaan yang hilang. Saudara sendiri boleh bertumbuk sebab tidak mengenali.
Kalau ada pun yang kenal saudara atau ramai kawan pasti kawan itu hanya dalam laman sosial, laman Facebook. Malah mungkin ada juga yang tak pernah kenal saudara sendiri di alam nyata tapi hanya kenal dalam laman sosial. Mengapa? Kerana tiada lagi semangat kekitaan dalam hubungan, tiada lagi amalan kujung mengungjung. Hujung minggu kita mengungjung juga tapi ke MegaMall MidValley, KLCC, One Utama, Tebrau City dan banyak lagi, bukan lagi ke rumah saudara dan sahabat.
Kalau dahulu untuk kerja rewang atau kenduri pasti segerombol turun pakat sama untuk gotong royong. Sambil potong daging sambil gulung rokok daun. Sambil kacau gulai di dapur sambil sedut rokok Malboro. Tapi kini, berapa kerat yang akan turun rewang? Buat kerja sikit sudah mengeluh itu ini. Tolong seminit hilang berjam jam, atau lesap terus.
Tak kurang juga yang beri alasan sibuk dengan cari wang ringgit. Komitmen kerja yang tinggi katanya. Berapa ratus ribu duit dalam bank? Berapa duit dalam ASB? Berapa simpanan unit amanah? Berapa ekar tanah? Berapa buah unit rumah? Itu semua alasan. Orang dulu tanah berelung-relung, ladang berekar-ekar, binatang ternakan yang tidak terkira sempat saja datang membantu setiap kali diperlukan. Ini kerana sifat kekitaan mereka yang tinggi.
Itu baru situasi dalam keluarga belum lagi situasi dalam pejabat, organisasi atau masyarakat setempat. Semua pun lebih kurang sama saja. Setiap kerja diharapkan dengan habuan. Tiada kudrat tiada habuan.
Fikir fikirlah, dimanakah hilang semangat kekitaan kita? Kembalikan semangat kekitaan yang hilang. Jangan biarkan ia terus lupus. Hapuskan semangat kekakuan dari jiwa.
We are unite…. Hidupkan semangat kekitaan.
Aku pun x nafikan hal ini. Aku sendiri lun x berapa kenal sgt dgn sepupu atau saudara mara cuma yg rapat dn selalu jumpa jer.
WRrizuan recently posted..Harimau Muda Under 15 Champion AFF U16
samalah saya pun begitu.. tak begitu kenal dengan semua saudara…
DaddyDee recently posted..Semangat Kekitaan Yang Hilang
aku kenal jek dua pupu aku…
sebab semua mak aku and ayah aku rapat dengan sepupu…
bila balik kamping,rumah tok saudara sebelah rumah jek
topijerami90 recently posted..Gambar majlis resepsi Abby Abadi dan Farhan
sungguh beruntung tuan…tidak semua orang beruntung seperti tuan
DaddyDee recently posted..Semangat Kekitaan Yang Hilang
walau sibuk SA jumpa jugak sedara mara…tp kadang2 terfikir jugak..SA dan keluarga jer yang beriya nak jumpa..sedangkan diorang x pernah bertandang ke rumah pun…then x per la..diorang tu diorang kan….
yup pedulikan diorang yang penting SA berusaha menjaga silaturahim….
DaddyDee recently posted..Muka Baru Arsenal : Mesut Ozil Sertai Arsenal
Setuju dengan pendapat itu. kalau berkumpul sanak saudara sekarang ini tengok ramai yang lebih suka belek-belek smartphone/tablet mereka sendiri daripada berborak dengan saudara. Kita semakin jauh….
Encik Santai recently posted..Harga Minyak Naik 20 sen?
itulah bahana teknologi jarak antara kita semakin menjauh…
DaddyDee recently posted..Muka Baru Arsenal : Mesut Ozil Sertai Arsenal
Salam bro. Lama dulu aku pernah tulis pasal Unity. Aku cuba address isu yang lebih kurang sama dalam entri ko ni bro. Perpaduan, kesatuan, kekitaan – benda yang sama. Benda yang sebenarnya hilang sedikit demi sedikit daripada masyarakat kita. Ini masalah yang ramai antara kita ignore – dan salah satu sebab utama kegagalan utk bersatu adalah fahaman ideologi yang berbeza. Ada keluarga berpecah belah sebab pandangan politik yang tidak sama. Dan ini mmg sgt menyedihkan.
Fyzal recently posted..9 Finger Arts That May Make You Smile
ini adalah masalah utama orang kita sekarang ini. Saya tidak mahu sentuh dalam bab yang besar seperti dalam kejiranan jika dalam keluarga tidak dibetulkan…
saya suka kalau bro banyak sentuh pasal ini, moga kita mampu sedarkan orang kita yang lena.
DaddyDee recently posted..Muka Baru Arsenal : Mesut Ozil Sertai Arsenal
Ambe setuju dgn bro dan bro daddydee….kalau keluarga ukhwahnya bagus…insyaAllah masyaakatnya bagus….begitulah rantaian fitrah manusia
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #43 ‘Renew’ Iman!
salam, maaf lama tak berkunjung kemari, saya dah buka blog baru yang topiknya lebih ringkas dan selesa untuk dibincangkan. Harap lepas ni tak membosankan blogger2 lain 😀
nazray recently posted..Masih lagi kolesterol.
tahniah tuan semoga tuan terus maju…
terima kasih kerana sudi berkunjung…
DaddyDee recently posted..Muka Baru Arsenal : Mesut Ozil Sertai Arsenal
Inilah ciri-ciri umat akhir zaman. Nafsi-nafsi.. engkau engkau, aku aku. Nak berubah memang susah. Kita kena duduk dalam jemaah yang cukup solid imannya bagi menyuburkan budaya sunnah ini. Kalau kita masih dok jauh dari jemaah, kita akan terus mewarikan sifat buruk ini pada generasi akan datang.
Cikgu Hairul recently posted..Lemah Dalam Penyelesaian Masalah
Semangat kekitaan hilang sebab semangat keAKUan lebih menebal
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #43 ‘Renew’ Iman!
ingat lagi cikgu selalu cerita waktu sekolah rendah dulu. tak ingat dalam buku text darjah berapa. cerita pasal lidi yang satu mudah untuk dipatahkan berbanding penyapu lidi yang banyak memang tak boleh patah…
thanks, entry yang sangat bermanfaat.
saljuhumairah recently posted..Soalan Malam Jumaat | Betulkah Setiap Rumah Orang Islam Ada Jin?
kalau ada masa, memang gua turun rewang maa..
titan recently posted..Buat kerja sehabis baik.