Senarai Top 10 Bagi Bulan Ogos 2013

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua saudaraku…

Top 10 bagi Bulan Ogos 2013
Top 10 bagi Bulan Ogos 2013

Seperti yang disarankan oleh blogger hebat Denaihati.com saya hari ini ingin senaraikan top 10 bagi bulan Ogos 2013 bagi blog Daddydee.net. Ini adalah entri pertama saya yang menyenaraikan senarai entri top 10 bagi blog saya. Ini adalah yang pertama, harap maklum.

Senarai Top 10 bagi bulan Ogos 2013

1. Entri Berani Menulis 

Entri ini tercipta apabila saya mendengar satu iklan Aizat di HotFM dengan katanya berani mencuba, dari word berani mencuba saya olah menjadi berani menulis kerana saya penulis. Selama ini pun saya mempunyai pegangan ini berani menulis tapi tak terlintas nak berkongsi tips yang mudah ini. Berani menulis bagi saya mampu membuatkan mana-mana penulis mencipta gaya dan identiti mereka sendiri.

2. Entri Main Dengan Makcik

Ini adalah entri eksperimen saya untuk lebih berani menulis entri yang berunsur lucah. Memang saya tak takut apa orang nak kata kerana bagi saya menulis hak saya, komen adalah hak saudara. Ingat mesti berani menulis dan mengaku jadi diri snediri walaupun pernah main dengan makcik.

3. Entri Cara Menggantikan MCB Di Rumah

Entri ini adalah entrio berani mencuba, walaupun saya bukan orang elektrik dan takut dengan elektrik saya tetap cuba. Walaupun saya tidak tahu berkenaan MCB, alhamdulillah saya berjaya membuatnya. Harap dengan tutorial ini saya dapat membantu semua saudara untuk menggantikan MCB. Ini juga untuk elakkan kita ditipu.

4. Entri Kejayaan Adalah Milik Mereka Yang Mahukan Kejayaan

Ini adalah entri motivasi bagi diri saya dan juga saudara semua. Jangan pernah jemu innshallah kita pasti akan berjaya. Jangan pernah bosan.

5. Entri Kerja Mudah Gaji Lumayan

Saya suka entri ini kerana entri ini mengenangkan kembali kisah silam saya, saat semasa masih mentah dalam dunia kerjaya yang penuh pancaroba.

6. Entri Mudahnya Mencari Kekasih Halal

Dengan adanya pelbagai teknologi yang memudahkan perhubungan sekarang ini semakin mudah untuk mencari kekasih halal, nak atau tak saja. Tapi walau apapun jangan sesekali merendahkan harga diri kita.

7. Entri Seluar Jeans Skinny Jejas Prestasi Seks

Ini adalah entri kesihatan, berkaitan pemakaian seluar jeans skinny yang semakin menjadi trend oleh orang kita sekarang ini. Entri ini adalah hasil dari kajian oleh pakar perubatan di UK bukan saya yang reka.

8. Entri Bangunkan Blog Tanpa Ilmu SEO

Ini adalah entri tentang bagaimana saya merangkak untuk membangunkan blog daddydee.net ini yang tidak seberapa ini. Saya memang buta ilmu wordpress, cpanel dan SEO. Ketahu bagaimana saya ubah dari kosong kepada sesuatu.

9. Entri Tuan Kecil Yang Menunggang

Perihal ragam anak kecil saya yang pelbagai kerenah dan telatah yang menjadi penawar dalam hidup saya.

10. Entri Tuan Kecil Berhari Raya

Entri ini memang saya suka lihat, ia adalah mengenai ragam anak saya yang baru kali kedua berhari raya. Pelbagai ragamnya, maklumlah baru dapat berjalan. Banyak yang mahu dilakukan.

Ini adalah senarai entri top 10 bagi bulan Ogos 2013 bagi blog daddydee.net. Ini adalah pilihan hati saya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya berurusan
Sebut saja Patin Tempoyak pasti dalam kepala otak kita akan terbayang akan Negeri Pahang. Terutamanya
Ketagihan media sosial antara virus yang sedang tersebar luas dalam masyarakat di dunia hari ini.
(Visited 7 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

8 thoughts on “Senarai Top 10 Bagi Bulan Ogos 2013”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge