Siapa yang bodoh Siapa yang tidak bodoh?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…..

Siapa yang bodoh dan siapa yang tidak bodoh? Bagaimana kita nak bezakan orang yang bodoh dan yang tidak bodoh? Apakah kayu pengukur untuk kita ukur bodoh dan pandai seseorang?

Tidak Bodoh - Bagaimana untuk ukur bodoh pandai seseorang?
Tidak Bodoh – Bagaimana untuk ukur bodoh pandai seseorang?

Seorang pelajar yang telah belajar bersungguh sunguh. Dia telah tumpukan perhatian semasa dalam kelas, selepas kelas dia telah ulang kaji pula pelajaran di rumah. Setiap malam dia tidak lupa solat hajat, dia inginkan yang terbaik. Tapi dia tetap gagal mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Adakah dia bodoh?

Seorang makcik berkerja sebagai tukang cuci. Setiap hari kerjanya menjaga tandas awam. Tandas dibersihkan demi keselesaan orang lain. Suatu hari dia terjumpa beg, satu dompet berisi wang tunai RM100, 000 dan barang berharga lain. Dengan duit itu makcik itu tidak lagi perlu tandas awam. Makcik itu akan kaya, tapi makcik itu memilih untuk memulangkan beg itu kepada pihak pengurusan bangunan. Bodohkah makcik itu berbuat demikian?

Bagi saya bodoh dan pandai seseorang itu bukan sebab tingginya pelajaran, besar jawatannya, banyak nya harta atau berapa besar kereta tatapi sebaliknya diukur melalui ATTITUD seseorang itu. Seseorang yang mempunyai attitud yang baik akan mempunyai keperibadian akhlak yang tinggi. Mereka yang berpekeperibadian akhlak tinggi adalah yang terbaik.

Jika tinggi jawatannya tapi tidak mempunyai attitud yang buruk tiada maknanya juga. Seseorang yang memiliki keperibadian yang tinggi pasti akan dikagumi dan dihormati dalam masyarakat. Betul tak?

Posted from WordPress for Android

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

14 thoughts on “Siapa yang bodoh Siapa yang tidak bodoh?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge