Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…
Sinopsis Movie Elysium
Movie Elysium adalah satu filem sci-fi yang mengisahkan pada tahun 2154 akan terdapat dua kelas manusia iaitu yang kaya tinggal di stesen angkas mewah, Elysium dan yang miskin tinggal di bumi dengan kepadatan yang amat sangat.Perbezaan jurang dua kasta yang amat sangat dimana rakyat Elysian di Elysium hidup mewah, dengan alat perubatan Med-Bays semua sakit boleh diubati dan tidak tua.

Max Da Costa (Matt Damon), bekas pencuri pekerja, yang hidup di Los Angeles dan bekerja di Armadyne Corp. Namun tanpa terduga Max telah kemalangan yang menyebabkannya terdedah kepada dos radiasi tinggi yang boleh membawa maut. Untuk terus hidup Max perlu ke Elysium dan mendapatkan rawatan dengan Med-Bays. Dalam masa yang sama Spider menjalankan kerja migrasi secara haram ke Elysium, namun semuanya gagal. Elysium dipertahankan oleh Delacourt (Jodie Foster) iaitu setiausaha Pertahanan dengan bantuan pembunuh upahan ganas dan psiko, Kruger.
Dalam mempertahankan Elysium dan untuk kepentingan sendiri Delcourt merancang rampasan kuasa dengan mendapatkan bantuan dari Kruger dan Carlyle (CEO Armadyne Corp). Spider merancang untuk merompak salah seorang Elysian untuk mendapatkan maklumat data bank. Max yang nyawa nyawa ikan pergi mendapatkan bantuan dari Spider, untuk membantu Max bergerak lebih lancar Spider telah memberikan Max bantuan bingkai bantuan Droid.
Dapatkah Max menyekat niat jahat Delcourt dan melawan Kruger disaat dia sendiri menghampiri maut? Dapatkah Max menghapuskan jurang antara bumi dan Elysium?
Ulasan Tentang Movie Elysium
Secara keseluruhan movie Elysium ini memang menarik bagi saya. Jalan cerita yang penuh dengan aksi mendebarkan. Dan yang paling penting adalah mesej yang disampaikan dalam movie Elysium ini memang padat dan padu. Antara mesej terkandung :
- Kita mampu mengubah sesuatu jika kita mahukannya dan berusaha
- Kita dilahirkan di dunia ini dengan tujuan bukan saja-saja
- Tiada manusia yang tidak guna kerana setiap satu ada fungsi yang tersendiri
- Kekayaan kadang-kala membuatkan manusia lupa
- Pergorbanan itu perlu dalam mencapai cita-cita yang kita mahukan
tak ada kesempatan nak tengok..biar ajelah..hehe..
titan recently posted..Rezeki malam ini.
tak penting pun…hahahah
DaddyDee recently posted..Sinopsis Movie Elysium
citer ganas ni…SA x suka…
Ada tayangan lagi ke kat pawagam. Bercadang juga nak tengok filem ni sebenarnya. Matt Damon plak tu kan.
Fyzal recently posted..9 Impressive & Creative Food Arts
Samala kita,.. peminat Matt Damon jugak ni 🙂
shraqs recently posted..iPhone 5c – Colorful
Matt Damon memang terbaik…
Tak sempat nak tengok. Ada lagi ke kat wayang?
Clark Kent recently posted..Man of Steel – Beautiful