Suami Jadi Isteri

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Suami jadi isteri, itu yang saya terbaca dalam akhbar Jumaat lalu. Dilema seorang isteri apabila suaminya tidak bekerja, hanya berharap kepada pendapatan dari Isteri sahaja. Makan pakai dan kelengkapan lain semua isteri yang tanggung. Suami jadi isteri, duduk di rumah menjaga anak.

Mengapa Suami Jadi Isteri?

Di sekeliling saya ada juga yang begini. Entah mengapa, adakah lelaki kini makin suka memilih jalan mudah?

Saya ada juga terdengar cerita dari sahabat saya, lelaki yang memilih perempuan untuk dijadikan  isteri bukan melihat attitudnya tapi melihat kewangan nya. Memilih perempuan yang berkerjaya bagus tetapi diri sendiri tidak pula berusaha memperbaiki diri. Tujuan mereka adalah supaya mereka hidup senang.

Bagi saya memilih isteri berkerjaya memang bagus juga tapi bukan untuk bergantung harap pada isteri. Isteri saya juga wanita berkerjaya.

Suami Jadi Isteri sebab malas
Suami Jadi Isteri sebab malas

Dalam Islam sendiri ada menggariskan adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan makan, minum, pakai, dan keperluan lain untuk keluarga. Tugas suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin. Diulangi nafkah zahir dan batin, bukan zahir sahaja dan bukan batin sahaja. Tapi kombinasi keduanya.

Isteri bekerja adalah satu bonus. Duit gajinya adalah duit mereka sendiri, milik mereka sepenuhnya. Jika isteri membantu keluarga itu satu belas ihsan dari isteri.

Lelaki adalah untuk jadi suami yang memikul tanggungjawab menanggung keluarga. Mencari dan memberi nafkah untuk keluarga adalah beban yang perlu lelaki pikul sebaik sahnya akad nikah. Ada juga mendegar keluhan sebegini ‘Apa aku boleh buat dengan hanya SPM?’. SPM ke SRP ke tak sekolah ke tiada kena mengena dengan kerja, walaupun kerja sebagai seorang tukang cuci pejabat ianya tetap kerja. Bagi saya isunya disini adalah MALAS. Malas untuk berusaha.

Ayuh para lelaki, buangkan sifat MALAS dalam diri. Bangkitlah lelaki jadilah lelaki sejati, suami yang bertanggungjawab. Jangan ada suami jadi isteri lagi.

Jangan malas-malas lagi, jom mulakan jana wang secara pasif atas talian menggunakan teknik SEO Merah Jambu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di
(Visited 55 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

14 thoughts on “Suami Jadi Isteri”

    1. Jika ikhlas dan tolenrasi tak salah tuan. Tapi sekurangnya bekerja.

      Yang jadi masalah yang langsung tak mahu bekerja dan berusaha…ini yang virus yang perlu diubati…

  1. biasa jumpa lelaki kahwin dgn eksekutif atau pangkat lebih tinggi
    lagipun perempuan ramai yg pandai2 dan pangkat tinggi2 skrg
    jd biasa kalau jumpa kan?
    kalau ada sgja cari isteri pangkat tinggi sbb x relaks mmg x patut

    1. bagi aku..lelaki pilih isteri yg pangkat tinggi semata nak tumpang kesenang..xakan bahagia,jiwanya akan kosong..kes ni jadi kat kawan aku..dia biar isteri dia ambil peranan..so bila keje, dia jadi sunyi..sbb isteri bz..and anak2 dia yg jaga, tapi dia juga keje hebat..so kkdg dua2 bz.
      isteri la kekadang balik moody.

  2. Sekarang sepertinya sebuah tuntutan hidup dan karena adanya pengaruh dari barat juga tu, seorang laki2 memilih istri bukan ditimbang dari bobot keimanan dan kesholehannya namun dari sisi finansial yang pada dasarnya belum tentu mampu membawa keluarga menjadi bahagia dan tentram
    Pria Islam harus mengikuti apa yang dianjurkan dalam Islam, agar keluarga bisa diberkahi Allah SWT
    Rina recently posted..About Mod_Rewrite And How To Set Up / Enable In Apache ServerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.