Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….
Ninetology telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ninetology U9X1, saya sendiri telah berpeluang merasai pengalaman menggunakan U9X1 ini melalui program Tech Kaiju Arena. Besama U9X1 saya juga diberikan unit Samsung Note 2 untuk direview.


Unbox Ninetology U9X1
Tech Kaiju Arena : U9X1 accessories
Pada pandangan pertama saya agak terkejut dengan kotak besar produk Ninetology U9X1. Kerana kebiasaan kotak mana-mana telefon pintar pun kecil dan kemas sama saiz dengan telefon saja. Walaupun kotak besar tapi kandungan di dalamnya amat kemas tersusun.

Selama ini, saya memang pengguna Samsung dan pertama kali merasai produk Ninetology, perepsi pertama saya memegang U9X1 ianya ringan, kecil dan mudah digengam jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 2. Sesuai dengan orang seperti saya yang kerap melakukan kerja luar.

Material asas badan telefon pintar Ninetology U9X1 adalah plastik yang membuatkan ianya lebih ringan. Selain itu, telefon ini adalah dual sim, jadi tak perlu lagi bawa dua telefon tapi cukup 1 telefon bagi dua number. Senang bukan? Lagi pun sekarang memang ramau yang menggunakan dua number termasuk saya sendiri. Pilihan bijak untuk memilih telefon yang dilengkapi dengan dual sim.
Dari segi kelajuannya memang terbaik, bersesuaian dengan prosessornya iaitu 1.2gHz Quad Core. Untuk melayari internet memang mantap, termasuk untuk tujuan mengemaskini blog memang mantap.
Menonton video di Youtube juga lancar hampir tiada buffering jika dibanding dengan Samsung Galaxy Note 2 menggunakan sambungan data Wifi yang sama. Memang puas menonton video di Youtube menggunakan U9X1.
Ninetology U9X1 vs Samsung Note 2: Layar Youtube
Review Ninetology U9X1
Namun begitu, kamera telefon pintar U9X1 agak kurang kecekapan dan kualiti gambarnya terutama dalam keadaan pencahayaan yang kurang. Dalam keadaan biasa ianya masih cekap. Boleh lihat perbandingan di bawah. (klik untuk besarkan gambar)

Secara keseluruhan, Ninetology U9X1 tetap mantap dan terbaik dan menjadi pilihan saya. Rasanya memang berbaloi untuk memiliki Ninetology U9X1 ini dengan harganya yang lebih nilai untuk poket pasti ia bukan satu pelaburan yang sia-sia.
Harga U9X1 : Rm 1,099.00
Berapa harga dia bro?jauh tak perbezaan kualiti dia dengan produk Samsung?
Hairul Azni recently posted..Komisen Ke Duapuluh Satu Dari Program Job Di Rumah
Harga dia 1099.00 ini harga yang diberikan oleh Ninetology… Harga kedai saya tak pasti.
Dari segi penggunaan biasa untuk pelayaran internet, call, mms, whatapps, wechat or facebook saya rasa sama je. Dan rasanya kelajuan U9X1 ini lagi bagus.
Cuma dari segi kualiti gambar didalam keadaan kurang cahaya ia agak lemah tanpa guna flash. Saya tak cuba guna flash. Sebab bila guna flash almost semua kamera smartphone akan cantik.
DaddyDee recently posted..Menulis Untuk Menjemput Rezeki
byk juga komen2 +ve ttg ninetology ni
nak kena pegang sendiri dulu..hehe
hafizmd recently posted..Faktor Tak Terkalah Cara Buat Duit Dengan Blog?
yup selepas rasa sendiri baru tau…
DaddyDee recently posted..Menulis Untuk Menjemput Rezeki
SA memang dah ada note II, tp ye la..besar kotaknya..
suriaamanda recently posted..5 Cara pujuk Teman Wanita yang kuat merajuk
memang besar kotaknya…hehehe
DaddyDee recently posted..Menulis Untuk Menjemput Rezeki
bro xda letak tanda harga pon
Juan recently posted..Cara Menarik Trafik ke Blog Baru
sori nanti saya tambah….lupa
DaddyDee recently posted..Tech Kaiju Arena : Ninetology U9X1 vs Samsung Galaxy Note 2
Rm1099 harga yang diberikan oleh pihak Ninetology.
DaddyDee recently posted..Menulis Untuk Menjemput Rezeki
pernah pinjam hp ninetology milik kawan.. memang ok jugalah
Mus recently posted..Cari Barang Tersembunyi Di Dalam ‘Waiting Room’ AirAsia
betul tu hp Ninetology memang ok.
DaddyDee recently posted..Dunia Kampus Kembali