Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Belian atas talian sudah menjadi satu trend pada masa kini. Sememangnya ianya menjadi pilihan utama kerana kemudahan yang tersedia pada zaman ini dengan adanya kemudahan telefon pintar dan jaringan internet yang meluas. Ianya adalah satu situasi menang-menang bagi pembeli dan penjual.
Kalau kita lihat, sekarang ini ramai yang membuka kedai atas talian mereka sendiri, ada yang syarikat ada juga yang persendirian. Ada yang mengunakan laman sesawang jualan professional seperti zalora dan ada juga yang menggunakan menggunakan blog. Malah ada juga yang mempromosikan produk mereka di laman sosial seperti facebook dan twitter.
Saya juga suka memilih pembelian atas talian kerana ianya amat memudahkan. Setakat ini pembelian atas talian saya adalah berkesan dan semuanya memuaskan hati saya. Namun ada juga kawan-kawan sekeliling saya yang mengeluh kerana barangan tidak sampai, barang rosak dan sebagainya. Mereka cuba menjadi pembeli yang bijak tapi tetap tertipu.

Situasi penipuan ini memang satu situasi yang tidak wajar dan tidak patut ada. Kejujuran dalam perniagaan adalah perlu. Situasi ini bukan merugikan seorang penjual tapi akan memberi kesan kepada urusan belian atas talian.
Tips Pembeli Bijak Ketika Melakukan Belian Atas Talian
Saya ingin kongsikan sedikit tips pembeli bijak ketika melakukan belian atas talian bagi memastikan urusan adalah selamat dan lancar:
- Laman Yang Diperakui – Membeli barangan dari laman menjual atas talian yang diperakui. Perakuan ini boleh disahkan dengan mencari komen-komen pembeli sebelum ini berdasarkan pengalaman mereka. Antara laman yang diperakui di Malaysia adalah Zalora.
- Laman Berkunci Sebelum Membuat Bayaran – Pastikan laman bayaran adalah menggunakan Https:// bukanya Http:// seperti biasa.
- Jangan Beri Semua Maklumat – Elakkan menggunakan laman yang meminta maklumat yang terlalu sulit yang mana boleh digunakan untuk godam kata kunci kita di kemudian hari.
- Kata Kata Kunci Yang Kuat – Sebaiknya menggunakan bahasa alien sebagai kata kunci. Maksud saya kata kunci alien adalah seperti @f87^%$#0oPKla<m]?G@$**#&^$, gunakan semua huruf besar kecil, number dan simbol.
Untuk dapatkan promosi terbaru daripada zalora boleh follow Facebook Zalora dan Twitter Zalora.
Itu adalah antara tips yang boleh saya kongsikan bagi lakukan pembelian atas talian. Jadilah pembeli bijak.
ramai la plak promosi lazada sekarang ekkk..
titan recently posted..Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com
ni zalora bro…hehehe…lazada ambo x buat…heheheh
setuju bro. cuma ada beberapa kes yang bila beli atas talian, semuanya kena tipu. so, harap2 kita boleh berhati2 kalau membuat pembelian lepas ni.kan. Tq untuk info bro 🙂
pahan recently posted..Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2013
memang perlu berhati-hati untuk pembelian atas talian ini…
Pernah buat berapa pembelian secara online termasuk Zalora. Saya cukup berhati-hati sebelum membuat urusan pemindahan wang atas talian.
akubiomed recently posted..Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Hospital Dan Pameran 2013
memang perlu berhati-hati sebab setiap sen adalah duit…
Memang senang beli secara online ni..saya belum pernah cuba lazada..
Hairul Azni recently posted..Bounce Rate Nampak Lebih Baik
ciri-ciri yang perlu semua org tahu sebelum membuat pembelian… mmg ada yg ambil kesempatan , jadi kita kena ada ilmu juga sebelum terlibat.
Membeli online salalu buat kita rambang mata dan kalau boleh semua nak beli… -_-
den jarang beli online buat masa nih , lebih prefer cara konvensional…
papa mifz recently posted..Header Baru Sentuhan Eizil Network
betul kata bro..laman web diperakui tu mmg penting dan ada rekod2 pembelian pembeli sebelum ini lagi bagus..
Akhir2 ini saya juga suka melakukan pembelian secara online
Zalora bisa jadi tujuan untuk hunting barang2 di internet
Nice share 🙂
Rina recently posted..Best List of Free Download Responsive Premium Blogger Templates