Apakah Punca Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hari ini kita dikejutkan oleh kes banjir lumpur di Cameron Highlands yang telah meragut 3 nyawa dan dua masih hilang, serta beribu-ribu mungkin juga berjuta-juta nilai kerugian harta benda yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Memang agak mengejutkan kerana Cameron Highlands yang begitu popular sebagai pusat pelancongan tanah tinggi di Malaysia yang menarik ribuan pengunjung setiap hari tiba-tiba di landa banjir lumpur.

Banjir Lumpur di Cameron Highlands
Banjir Lumpur di Cameron Highlands

Pelik kah kes sebegini? Bagi saya langsung tidak pelik dan ianya patut berlaku. Kenapa?

Saya sebernarnya ada mengikuti lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands bersama rakan sekelas untuk mengkaji berkenaan tanah runtuh dan mendapat maklumat yang tepat. Ini juga adalah pertama kali saya pijak kaki ke sana.

Dalam lawatan ini saya sempat melawat tempat yang menarik dan tak menarik di Cameron Highlands. Tempat menarik rasanya semua orang sudah tahu tapi tempat tak menarik adalah kebun sayur di sana.

Banjir lumpur di Cameron Highlands : Apa puncanya?
Banjir lumpur di Cameron Highlands : Apa puncanya?

Apakah punca banjir lumpur di Cameron Highlands? Punca utama adalah manusia, punca kedua adalah manusia dan punca ketiga adalah manusia. Manusia yang menyebabkan semua ini berlaku. Antara puncanya adalah:

  • Pembangunan yang tidak terkawal di  Cameron Highlands. Kalau di lihat pembangunan kawasan perumah dan komersial tidak langsung mengambil kira kesan dan impak ke atas alam sekitar. Sebagai contoh adlaah lumpur dari kawasan binaan dibiar memasuki sungai tanpa kawalan menyebabkan sungai kotor dan bukit yang dipotong langsung tidak ditutupi dengan plastik.
  • Penerokaan kawasan untuk pertanian secara tidak terkawal. Kalau di lihat banyak tanah baru yang diterokai untuk pertanian tanpa dikawal. Bukit dipotong sewenangnya tanpa mengambil kira faktor kestabilan cerun dan tidak langsung mengambil langkah pengawalan hakisan.
  • Guni plastik di gunakan sebagai empangan bagi mengumpulkan air bagi mengairkan kawasan pertanian. Terlalu banyak empangan guni digunakan. Kekuatan empangan guni kurang berbanding dengan konkrit tapi kos yang lebih rendah. Apabila hujan lebat, air meningkat tekanan yang dikenakan keatas empangan guni juga meningkat, apabila guni plastik sudah tidak mampu menampung nya lagi ia akan pecah dan mengakibatkan aliran deras ke permukaan rendah dan boleh menyebabkan bencana.
  • Banyak cerun yang tidak ditutupi dengan rumput atau plastik. Pengawalan hakisan cerun adalah perlu bagi mengelakan kejadian seperti banjir lumpur dan tanah runtuh.

Itu adalah antara faktor yang dapat saya fikirkan buat masa ini berdasarkan lawatan yang saya lakukan dahulu dan juga berdasarkan pengetahuan kejuruteraan saya yang tidak seberapa ini. Apa yang saya tulis adalah sekadar hipotesis saya saja bukan faktor sebenar.

Jawapan yang paling tepat bagi menjawab punca banjir lumpu di Cameron Highlands adalah kekuasaan Allah swt. Apabila Allah swt berkehendakan terjadinya sesuatu maka terjadilah ia.

Harapnya kejaidan seperti ini tidak akan berulang lagi di tempat lain. Bersama kita ambil pelajarannya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pertamanya saya ingin mengajak semua saudara pembaca blog
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Semakin banyak kes pembunuhan kejam yang terjadi kebelakangan ini.
(Visited 154 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Apakah Punca Banjir Lumpur Di Cameron Highlands”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.