Tips Blogging : Bina Identiti dan Cari Kelainan

Assalamualaikum dah salam inspirasi buat semua saudaraku…

Bina Identiti Blog dan Cari Kelainan
Bina Identiti Blog dan Cari Kelainan

Sekarang ini makin ramai blogger baru yang muncul setiap hari tidak kira menggunakan self hosted atau host percuma. Ada terbaca dalam keratan akhbar di facebook menyatakan bahawa ‘20,000 blog baru muncul setiap hari‘. Banyak bukan 20,000 blog untuk satu hari. Masing masing berlumba untuk jadi yang terbaik. Salah satu cara untuk jadi yang terbaik adalah bina identiti dan cari kelainan.

Saya tidak tahu apakah punca sebenar menjadikan ramai yang berminat untuk jadi blogger tapi saya rasa ianya adalah sebab DUIT. Tidak ramai yang menulis blog sebagai hobi atau untuk mendidik. Sebab itu ramai juga kita lihat makin ramai blogger yang makin susut sehari ke sehari. Mereka mula bosan apabila matlamat tidak tercapai.

Ramai juga blogger hari ini muncul dengan cara copy paste, ini satu aktiviti tidak sihat. Saya juga tidak sarankan blogger untuk jadi surat khabar, setiap berita dalam akhbar mereka tampalkan. Blog sebegini memang mempunyai trafik tinggi kerana mereka memainkan isu panas tapi olahlah sedikit dan cuba buat ayat sendiri, itu sebaiknya cam Blogger Hebat Ini, kan lagi sedap kita baca.

Memang semakin ramai blogger di luar sana. Makin ramai pesaing untuk mengejar kedudukan untuk mendapat ranking Alexa terbaik, 1st page Google search, dan tempat pertama dalam satu niche. Pasti bukan senang tapi bukan susah dan nyata tidak mustahil.

Ingat lagi apabila mula membina blog saya banyak mencari Tips Blogging dalam internet dan masa itu kebanyakan blog adalah dalam bahasa English, tips yang sama temui kebanyakan satu saja untuk blog, NICHE. Ya niche niche dan niche. Pentingnya niche blog adalah amat penting. Tapi sukar untuk bina blog ber’niche’ bagi saya kecuali kita benar benar pakar dalam bidang tersebut contoh eizil.

Identiti Blog: Siapa kita?
Identiti Blog: Siapa kita?

Blog daddydee.net juga saya sudah tidak pasti Niche nya. Cuma apa yang saya lakukan adalah cuba untuk bina identiti dan cari kelainan dengan penulisan blog. Saya bukan blogger hebat hanya blogger amatur yang sedang bina identiti blog. Apa yang saya lakukan adalah memastikan setiap entri yang saya post adalah segar dan idea saya sendiri. Sukar memang sukar tiada benda senang dalam dunia ini.

Sebenarnya, bina identiti dan cari kelainan ini kita bukan saja perlu praktik dalam dunia blog tapi juga dunia offline, dalam kehidupan sebenar ianya juga perlu. We need to be different to be better than others.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.. Apa khabar semua? Hari ini hanya ingin berkongsi
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 8 Mei 2012 adalah hari pertama saya memiliki
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Tips Blogging : Bina Identiti dan Cari Kelainan”

  1. Memang sangat susah mencari identiti. Lagi-lagi kalau menulis blog peribadi yang tiada niche. Kadang-kadang boleh gugur ditengah jalan. Tapi kalau kita fikir balik apa tujuan kita menulis di awal-awal dulu, mesti kita akan bersemangat semula.

    patut la rangking alexia susah nak naik… pantang kita tinggal je.. mesti blog merundum gila.
    Cikgu Hairul recently posted..Hati-Hati Dengan Penjual EmailMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge