Motosikal Kuasa Tinggi : Naked Bike KTM DUKE 390

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390
Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390

Memiliki motosikal kuasa tinggi memang impian saya dari zaman kanak-kanak lagi. Nafsu untuk memiliki motosikal kuasa tinggi memang ada dari dulu sampai sekarang impian masih ada cuma tidak tahu bila akan tercapai. Kalau ditanya  sekarang mungkin belum masanya untuk saya miliki semua itu kerana saya pekerja makan gaji. Ada gaji saya makan tiada gaji saya cari kerja.

Kalau ditanya motosikal kuasa tinggi yang saya suka adalah Naked Bike. Yang dalam senarai impian saya adalah KTM Duke 200, Kawasaki z800 atau Ducati Monster. Itu antara motosikal yang ada dalam radar impian saya. Insyallah akan saya usahakan sebelum saya capai 4-siri.

Dengarnya, motosikal kuasa tinggi naked terbaru dari KTM iaitu Duke 390 bakal menjadi saingan baru kepada Naked Bike dalam pasaran. Kalau dilihat dari segi rekabentuk saya rasa Naked Bike dari KTM ini masih mengekalkan konsep yang sama seperti model yang telah berada di pasaran iaitu DUKE 200, DUKE 690 dan DUKE 990. Dari segi harga dengarnya dalam lingkung RM26k.

Terbaca juga yang Honda juga turut melancarkan model terbaru mereka. Semakin sengit nampaknya persaingan model Motosikal Kuasa Tinggi sekarang ini. Dah bagai pisang goreng panas dah, semua pengeluar sibuk memasarkan hasil inovasi terbaik mereka dengan pelbagai promosi menarik.

Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390
Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390

Bila Modenas nak keluarkan Naked Bike pula?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Jika dientri lepas saya bebicara tentang KTM Duke
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 42 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

17 thoughts on “Motosikal Kuasa Tinggi : Naked Bike KTM DUKE 390”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.