Sukan Untuk Perpaduan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku….

Sukan untuk perpaduan
Sukan untuk perpaduan

Sukan untuk perpaduan, itu adalah tujuan utama sukan diwujudkan dan diadakan. Selain dari mencari siapa kuat dan siapa juara, sukan adalah satu cara untuk mengeratkan perpaduan antara negara, negeri, bangsa, kaum dan agama.

Tapi sekarang ini saya melihat sifat penyokong bola sepak negara kita jadi sebaliknya, mereka gunakan sukan untuk medan memulakan api pergaduhan. Saya lihat cukup banyak sentimen kenegerian disebarkan secara viral dalam media sosial.

Penyokong A mengata Negeri B, Penyokong C kutuk penyokong D. Apakah semua ini?

Kita rakyat Malaysia. Satu negara yang sama, sama bangsa, sama agama pula tu. Sibuk mengata sana sini. Begaduh. Seronok sangat melihat orang bergaduh sebab apa yang kita mulakan? Hebat sangat ke?

Tak perlu nak mengata orang negeri D mencari rezeki atau merempat di negeri F untuk cari rezeki. Kata orang negeri D menumpang dia negeri B. Apakah semua ini?

Majukan minda kita, matang sikit dalam berkata atau berbicara. Usah nak bergaduh sebab bola sampai nak mengata negeri itu negeri ini. Kita rakyat Malaysia. Buangkan sentimen kenegerian yang melampau.

Sukan untuk perpaduan : Sukan mampu mengamankan bumi
Sukan untuk perpaduan : Sukan mampu mengamankan bumi

Jadikan sukan untuk perpaduan bukan perpecahan. Bersatu kita wahai Rakyat Malaysia, besatu kita wahai Melayu dan bersatu kita wahai Umat Islam. Utuhkan perpaduan kita, kukuhkan persatuan kita. Jangan biar kita pecah ranap.

Setakat mengata manja kepada penyokong Manchester United, Liverpool atau Arsenal tu biasalah untuk eratkan silaturrahim, sebab kami tetap lepak semeja minum kopi.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 77 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

8 thoughts on “Sukan Untuk Perpaduan”

  1. Punca utama pergaduhan yang saya lihat adalah provokasi. Provoke skit2 xpelah. Ni tidak, provoke melampau2. Apa pun menang dan kalah adat pertandingan. Semoga perpaduan yang dipupuk melalui sukan akan dapat dikekalkan sampai bila2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.