Aku, Entiti Dan Villa Nabilla : Kita Suka Hantu

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Sebut saja pasal hantu pasti semua orang termasuk pembaca blog saya, daddydee.net pasti ada versi tersendiri pasal cerita hantu. Dan saya rasa kebanyakan orang kita suka hantu, tak percaya cuba buka cerita hantu pasti ramai yang akan minat untuk mengambil tahu pasal hal itu, seperti cerita entiti yang heboh dalam suratkhabar dalam minggu ini iaitu mengenai Villa Nabilla.

Saya ada baca tentang Villa Nabilla sebelum kes ini heboh diperkatakan tapi saya tak pernah ambil tahu sangat pasal Villa Nabilla. Semasa tinggal di Johor Bharu pun saya tak pernah perasan di mana Villa Nabilla tu, walaupun selalu lepak di Danga Bay.

Kita Suka Hantu : Saya suka hantu ni
Kita Suka Hantu : Saya suka hantu ni

Dan apa yang menarik perhatian saya tentang Villa Nabilla ni, siap ada wartawan Berita Harian yang pergi bermalam disitu. Macam-macam sungguh ragam orang kita sebab nak buktikan pasal hantu ni. Dan mereka pun cerdik sebenarnya, pasal mereka tahu orang kita suka hantu, letak cerita hantu dalam akhbar mereka pasti meletup tambahan letak di muka depan.

Saya sendiri tidak pernah melihat hantu, mungkin ada tapi dalam keadaan yang kurang jelas. Dan ada dua tiga peristiwa yang saya lalui mengenai hantu ni, tapi tak perlulah saya ceritakan di sini. Bukan ingin riak atau apa, dek kerana marah, saya pernah mencabar supaya hantu yang menggangu menonjolkan depan saya tapi tiada yang muncul. Takut cuak semua ada masa itu, bukan berani sangat nak tengok hantu tapi kerana marah saya cabar. Nasib baik hantu tak muncul kalau muncul panjang lagi la entri ini.

Kewujudan Jin dan Syaitan tak perlu dinafikan lagi sebenarnya kerana ia memang jelas dinyatakan dalam Al-Quran. Syaitan dan Jin boleh wujud dalam pelbagai rupa dan keadaan, hantu dan entiti adalah salah satu bentuknya. Tugas Syaitan yang utama adalah menyesatkan anak Adam. Apabila, anak Adam lebih takutkan hantu daripada Allah swt maka tugas mereka telah tercapai. Jadi berhati-hati kuatkan ilmu di dada dan perbanyakan amalan Insyallah, Allah swt akan sentiasa melindungi kita.

 

28 May - Kelam kabut penduduk flat daddydee dek kerana satu kebakaran yang terjadi pada
Filem Tombiruo atalha adaptasi dari novel tulisan Ramli Awang Murshid. Memang beliau antara noveles kegemaran
Assalamulaikum buat semua saudaraku... Food Truck salah satu trend perniagaan makanan yang boleh dikatakan terkini
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Aku, Entiti Dan Villa Nabilla : Kita Suka Hantu”

  1. pasal villa nabila ni ena memang dah rasa cam tak betul je sejak cerita ni hot dulu.. Rupa2nya betul bukan sebab kena sorok. Memang kita kena percaya dengan jin pe semua ni tapi jangan sampai jadi syirik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge