Berapakah Nilai Seringgit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pada zaman saya sekolah dahulu, di kawasan luar bandar di Kelantan dengan Seringgit saya mampu untuk menggunakan duit itu untuk perbelanjaan saya sehari. Perbelanjaan di sekolah dan juga waktu petang, untuk beli air sirap lepas main bola sepak di padang. Itu pun kadangkala boleh ada lagi baki untuk saya untuk masuk dalam tabung gajah. Bagi saya pada masa itu nilai Seringgit memang besar. Berapakan nilai Seringgit pada saudara sekalian?

Berapakah Nilai Seringgit
Berapakah Nilai Seringgit

Untuk pegang RM10 memang susah sangat pada zaman sekolah menengah. Kalau ada dua keping duit RM10 saya dah rasa ada banyak duit. Sudah berasa kaya. Saya akui untuk terima RM10 dari orang tua saya memang susah kecuali perlu membayar sesuatu di sekolah.

Mengeluh, menyesal? Ya, dulu saya mengeluh menyesal kerana saya masih cetek fikiran tidak mengerti apa itu takdir dan suratan hidup. Saya salahkan orang lain termasuk ibu bapa saya. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang anak orang berada. Yang mampu pakai jam besar G-Shock, yang mampu membeli kereta model Tamiya, yang mampu beli dan kumpu komik Juara Wira, Raja Rimba, Pedang Setiawan dan lain-lain.

Tapi tidak lagi kini kerana dengan apa yang saya lalui saya mampu berada di sini, pengalaman lalu mematangkan saya menjadikan saya seseorang. Malah saya bersyukur sangat.

Berapakah nilai Seringgit sekarang ini? Mungkin bagi sesetengah orang tiada nilainya, boleh main campak saja not kertas Seringgit. Mungkin bagi sesetengah orang nilai Seringgit amat kecil sekali, ya lah harga teh O ais sekalipun sekarang ini paling kurang RM1.20 segelas. Mungkin ia kecil bagi kita, tapi mungkin besar bagi orang lain. Jadi hari ini saya sarankan pada diri saya dan saudara sekalian agar sama kita membantu saudara kita yang memerlukan seikhlas hati, bersedekah seikhlas hati, walaupun sekecil Seringgit. Bersama kita membantu insan yang memerlukan.

Mungkin dengan duit seringgit kita mampu membantu insan yang kurang bernasib baik untuk mengubah nasib mereka. Nilai seringgit yang kecil itu akan jadi besar maknanya dalam hidup kita.

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi... Juara Masterchef Selebriti Malaysia Tadi menyempat
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 77 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Berapakah Nilai Seringgit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.