Jangan Pilih YES Broadband

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Saya adalah pengguna YES Broadband hampir setahun 3 bulan saya menggunakan YES. Nasihat saya jangan pilih YES Broadband dan jangan masuk dalam jerat mereka.

Jangan Pilih YES Broadband
Jangan Pilih YES Broadband

Selama setahun saya boleh katakan servis mereka terbaik tapi apabila selepas setahun saya ditawarkan penambahan quota dari 1.5Gb kepada 3.0Gb. Quota dua kali ganda tapi cepat saja habis walaupun cara penggunaan saya sama saja. Bila cecah quota capaian internet memang amat slow. Untuk pengetahuan saya tiada layari youtube dan juga download. Malah update aplikasi komputer juga saya gunakan WIFI percuma.

Tadi saya telah berhajat untuk menamatkan akaun YES saya. Apa yang mengejutkan saya adalah saya tidak dibenarkan mematikan akaun kerana saya masih lagi dalam kontrak. Dan untuk menamatkan juga saya bukan saja perlu membayar denda penamatan tapi juga bayaran nilai baki kontrak. Baki kontrak saya adalah 10 bulan saya perlu membayar RM48 x 10 bulan = RM480. RM480 perlu ditambah dengan caj penamatan. Bayangkan berapa nilai perlu dibayar?

Saya perhatikan dalam klausa tiada term itu dinyatakan tapi dilaksanakan. Saya pernah dahulu menamatkan awal khidmat internet Maxis tapi saya hanya dikenakan caj denda penamatan awal saja. Tidak perlu membayar baki kontrak. YES memang cekik darah.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah no ic yang digunakan adalah bukan no ic saya. No ic orang lain diguna pakai oleh kakitangan YES untuk mendaftar akaun saya. Saya baru tahu tadi mereka menyatakan hal ini dilakukan kerana mereka mahukan sales.  Perbuatan ini memang saya tidak boleh terima dan saya akan membuat laporan polis dan SKMM isu ini.

Bagi saya apa yang dilakukan oleh Pihak YES memang tidak beretika, no ic orang lain diguna pakai untuk akaun saya. Memang suatu yang tidak dapat saya terima.

Bagi yang sedang menimbang untuk mengambil broadband nasihat saya lupakan YES dalam senarai pendek saudara. Jangan jadi mangsa seperti saya.

Posted from WordPress for Android

Assaalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya sudah menjadi pelanggan YES internet hampir setahun
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
(Visited 666 times, 2 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

26 thoughts on “Jangan Pilih YES Broadband”

  1. kurangkan download benda saiz besar dan jangan tengok video youtube. salah tengok, tertengok yang HD..memang habis la bandwidth. setakat 5GB..satu hari aku boleh habiskan. haha..

      1. Apa cerita terbaru lepas report kepada SKMM? Ada tindakan tak? 2bln lepas ada buat report pd SKMM xda reply langsung. Tak mcm report yg penah buat 2-3 tahun dulu. Selepas sehari terus reply melalui email berkenaan status report sama ada bole proceed atau luar bidangkuasa SKMM.

  2. Sy mie dari kelantan.sy dh lame xgune yes4g ni.jd sy mahu menamatkan yes4g amah2 susah.talian susah nk dapat entah ape kejadah opr dia mkn gaji buta.100 kali cl 1 je yg jwb.dhla caw susah di kelantan.nk tamatkan pon susah.nape dia xpakai mcm celcom senang..ni pyh nk tembusi talian haram jadah 4g ni..

  3. agak2 klo tenet yes dh x guna mmg kne bayar jugak ke bil y bln sblm2 nye?? baru tau y kat kg brodbnd nye dh rosak..bil dh lbh sratus..aduii..xterminte kt yes xblh ke??

  4. Salam. Sy juga telah terkena seperti anda. Tetapi silapnya, sy telah pun terminate akaun yes. Dan skrg mreka mnyuruh sy byr baki kontrak sebnyak rm1800++. Siap call bagi tarikh kena byr sebelum tarikh tersebut. Mcm mana nak report ye? Ade apa2 result yg positif slepas buat report? Rasa mcm teraniaya sgt

    1. Cuba buat aduan pada SKMM atau tribunal.

      Memang susah untuk kita user lawan syarikat besar gini. Nama je user always right..hakikatnya… kapitalis selalu menang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge