Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 : Kelantan Lawan Pahang

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Hari ini, 3 November 2013 berlangsungnya Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan lawan Pahang di Stadium Shah Alam, Selangor. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara dua jaguh dari Pantai Timur Malaysia iaitu The Red Warrior dan Tok Gajah.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan Lawan Pahang
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan Lawan Pahang

Dengarnya, dari awal pagi lagi kelihatan dari awal pagi lagi penyokong kedua pasukan sudah berkumpul di Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan yang epik ini.

Perlawanan pada malam ini pada separuh masa pertama, kelihatan Pahang lebih banyak melakukan serangan dan menguasai perlawanan. Kelantan bagaikan kehilangan rentak. Pahang mengasak secara bertubi-tubi dari awal tiupan wisel dengan gandingan Matias Conti, Amirul Hadi dan Alex di bahagian hadapan.

Gol pertama dan juga gol kemenangan perlawanan muncul pada minit ke-58 dijaringkan oleh Matias Conti untuk Pasukan Pahang. Tandukan dari Matias Conti akhirnya berrjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan cuba mengubah corak permainan dengan memasukkan Fakri tapi ternyata beberapa peluang yang terhidang tetap gagal dimanafaatkan oleh pasukan Kelantan. Nyata nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan kali ini.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan Lawan Pahang adalah Pahang menang 1-0 ke atas Kelantan. Tahniah buat Pasukan Tok Gajah.

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... JDT dikhabarkan sudah mengambil Pablo Aimar. Team lain
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah misi untuk mencari putu bambu telah berjaya
Assalammualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Baru saja selesai menonton perlawanan dua gergasi iaitu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul
(Visited 21 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 : Kelantan Lawan Pahang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge