Mulakan Langkah Pertama

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Langkah pertama adalah suatu yang sukar untuk kita lakukan  dalam hidup ini. Bukan senang. Tampak senang tapi tidak. Saya sendiri sukar untuk mulakan langkah pertama, lama masa untuk saya berfikit dan kaji sebelum mulakan langkah pertama saya.

Langkah Pertama untuk berjaya
Langkah Pertama untuk berjaya

Langkah pertama yang saya maksudkan bukan untuk belajar berjalan tapi yang saya maksudkan adalah memulakan langkah arus perubahan dalam hidup. Tidak ramai yang berani mengambil langkah ini untuk keluar dari zon selesa. Untuk keluar dari kepompong VIP. Keluar dari kepompong selesa kita.

Langkah pertama yang kita ambil akan menentukan sama timbul atau tenggelam. Mulakan perjudian hidup, bukan berjudi ya. Saya suka gunakan term perjudian hidup sebab kita belum tahu langkah pertama akan untung atau rugi. Akan jatuh atau terbang.

Saya juga sedang merancang dan bakal mulakan langkah pertama saya. Harapnya ia aka  menjadikan enjin pemangkin untuk saya terbang. Ini perjudian saya.

Life is gamble, gamble for success.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Contest SEO kembali lagi kali ini adalah Contest
(Visited 43 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Mulakan Langkah Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge