Baik Diam Dari Bising Tapi Tidak Membantu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pertamanya saya ingin mengajak semua saudara pembaca blog saya bersama mendoakan saudara kita yang di Pantai Timur yang sedang berdepan banjir semiga mereka semua selamat dan tabah menghadapi ujian dari Allah swt. Semoga saudara kita di sana selamat hendaknya.

Saya lihat ramai yang sedang menghangatkan keadaan banjir di sebelah Pantai Timur, ramai yang cuba jadi hero. Ada ramai yang sedang membakar api kebencian. Maki sana maki sini. Tunding sana tunding sini. Yang pasti tidak tunding pada diri sendiri? Adakah mereka membantu?

Cukup ramai yang nak jadi Keyboard Warriors tidak kira melalui blog mahupun media sosial. Cukup cukuplah sebarkan api kebencian dan sebar maklumat tidak betul.

Cukup sudah salahkan pasukan penyelamat. Salahkan badan uniform. Mereka sudah melakukan yang terbaik. Mengorbankan kepentingan diri mereka demi untuk orang ramai. Jangan asyik salahkan orang lain.

Hentilah salahkan orang lain. Tapi tanya apakah sumbangan kita? Adakah kita membantu? Kalau kita tidak membantu, baik kita diam saja. Usah bising sana sini, usah salahkan orang lain, usah bandingkan dengan negara lain kerana itu bangkitkan kebencian. Tidak membantu.

Kan baik jika kita bersama hulur sumbangan dalam bentuk wang atau barang keperluan. Boleh juga sumbangan tenaga dengan sertai NGO ataupun Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) atau Bulan Sabit Merah ataupun St. John yang sentiasa mengalukan kita semua. Ayuh membantu bukan menghukum.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Haiqal Jadi Hulk Setiap
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
(Visited 10 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Baik Diam Dari Bising Tapi Tidak Membantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.