Azam 2014 : Apakah Azam Baru Anda?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

2013 telah meninggalkan kita kini 2014 telah bertandang. Siap saat setiap detik waktu yang berlalu adalah penghitung masa untuk 2014 pula meninggalkan kita. Begitulah lumrah hidup ini waktu tidak akan pernah senang melihat kita, dia tetap pergi meninggalkan kita. Perlahan-lahan pergi berlalu, jika ia tidak berlalu pasti satu kerugian besar. Awal tahun 2014 ini pasti ramai yang sibuk merangka azam 2014. Apakah impian yang mahu kita capai untuk 2014?

2013 meninggalkan pergi muncul 2014, petambahan angka pada kelendar menandakan penambahan angka pada umur kita. Semakin menjauh dengan rumah, semakin mendekat dengan maut.

Apakah pencapaian 2013? Pencapaian saya 2013 tidak banyak yang dapat dibanggakan, permulaan tahun yang bagu bagi daddydee.net tapi pengakhiran agak perlahan kerana saya sibuk dengan belajar dan juga MAH Shopz. Bukan melupakan daddydee.net kerana daddydee.net adalah saya dan akan terus mekar selagi jemari saya mampu menaip dan akal fikiran masih waras untuk melontar idea.

Azam 2014

Azam Baru 2014

Projek lain bukan tiada, ada tapi baru ingin memulakan tapak, tapak saja baru tersemai yang lain masih belum terbentuk. Jadi tiada yang membanggakan.

Untuk tahun 2014, insyallah saya akan lebih fokus pada Keluarga saya dan kerjaya saya. Jika tiada apa halangan saya juga akan menamatkan zaman pelajar saya pada tahun 2014, doakan saya agar berjaya.

2014, saya akan mulakan untuk kembali fokus pada kejaya saya. Insyallah. Dan menghidupkan kembali impian saya selama ini untuk lebih memberi dari menerima. Impian yang lama terpendam akan saya gerakkan.

Azam saya yang lain adalah meneruskan azam yang tak tertunai dahulu. Azam 2014, apakah pula azam 2014 saudara semua?

Dragon Ball z semamangnya salah satu komik besar yang banyak mempengaruhi diri aku, dan ramai
2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
(Visited 37 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Azam 2014 : Apakah Azam Baru Anda?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.