Konflik Diri Part 1

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Ini saya ada terima email dari contact form, email adalah seperti di bawah:

sy amat meminati penulisan awak yang serba sedikit bagi saya semangat..disini sy ada satu soalan..harap2 awak dapat buat/menjawab dalam entri awak..sy nak tanya macam mana nak kembali keyakinan diri akibat fizikal dan mental yang serba kurang, sy berasa rendah diri dlm segala hal, hingga kn kerap di dalam rumah,pendek kata sy anti-sosial.Ini gara2 ramai yg kurang berkawan ketika sy menuntut pengajian dgn sy kerana sy tidak mahir dlm bersosial..sy tidak tahu cara bergaya, sy seorg yg sopan dlm tutur hingga kn ramai yg ambil kesempatan menghaburkan kata2 maki kpd  sy kerana anggap sy seorg yg lemah.. mereka juga anggap yg kurang dewasa kerana rupa sy yg agak kebudak-budakkan,berkulit gelap dan gemuk,bahkan sy orang tidak pernah bercinta walaupun ada meminta..sy org susah,tidak ada masa nak bersosial..dan sedih gak bila tgk org berjaya.Sy jd fobia nak berkawan, dek terasa dlm hati kenapa mereka memilih bulu dlm persahabatan..tolonglah berikan sy motivasi.terima kasih.

Mohon saudara sekalian memberi pandangan masing-masing. Insyallah akan saya berikan pandangan saya.

PS: saya bukan seorang motivator.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pada zaman saya sekolah dahulu, di kawasan luar
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi... Juara Masterchef Selebriti Malaysia Tadi menyempat
Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?.
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

5 thoughts on “Konflik Diri Part 1”

  1. buat tak tahu.
    kita kalau nak fikir “apa orang pikir tentang kita”, sampai bila-bila tak boleh hidup. Asyik dalam ketakutan, berdiri di atas kelemahan sehinggakan setiap pekerjaan yang ingin dilakukan, tiada keyakinan. Anda rasa rendah diri di atas kelemahan? saya pun begitu. pernah Kena makin dan hina dengan kawan dan cikgu, sampai sekarang ingat dan rendah diri tu ada. tapi saya pikir, kalau kita tengok pada kekurangan, takkan ada rasa syukur dan bahagia. Tengok lah pada kelebihan, dan bersyukur apa yang ada. In sha allah, hari-hari anda bahagia… banyakkan tonton video dan beli buku motivasi, 🙂

    semoga saudara/saudari reset minda dan berubah ! 🙂
    cik amal recently posted..CUSTOM MADE STICKER KERETAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge