Nak Buat Kad Bisnes Sempoi?

Assalamualikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kad bisnes sememangnya satu keperluan bagi kita untuk menjalankan urusniaga walaupun dalam dunia moden lagi teknologi ini, sekeping kertas kad bisnes pasti lebih berguna berbanding kaedah moden lain. Tidak kira bisnes apa, kedai makan, kedai besi buruk, kedai jual kangkung, kedai mainan, kedai tamiya, kedai kopi mahupun blogger semua sekarang ini perlukan kad bisnes bagi memudahkan urusan.

Kenapa kad bisnes perlu? Kad bisnes perlu untuk memudahkan kita berurusan, dalam kad bisnes akan tercatat maklumat ringkas tentang kita (contact information) dan perniagaan kita. Dengan ada dua maklumat ini senanglah kita untuk menghubungi seseorang itu.

Saya juga suka kumpul kad bisnes, bukan apa bila sampai masa koleksi kad bisnes ini memang diperlukan. Sebagai contoh hari ini ada orang beri satu kad bisnes jalankan bisnes sewa lori, kita rasa tak guna pun contact dengan dia tapi tak mengapa simpan kad itu. Mana tahu satu hari kita nak pindah rumah atau pun saudara nak pindah opis boleh kita berikan contact tersebut. Kan?

kad bisnes daddydee.net
kad bisnes daddydee.net

Kad bisnes yang kekadang dah rasa terlalu kaku atau design lama, ingin mencuba design baru? atau Belum ada kad bisnes? Kad bisnes kurang menarik? Nak buat kad bisnes sempoi? Bolehlah cuba untuk kontek brader Hafizzy Aziz, atau di fanpage FizGraphic atau di blog beliau FizGrahic.Com. Brader ni pasti memberikan khidmat terbaik untuk mereka kad bisnes sempoi untuk anda.

(Visited 57 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Nak Buat Kad Bisnes Sempoi?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.