Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Sudah melupakan asal usul? Sudah menjadi orang Kuala Lumpur? Tak mahu lagi pulang ke kampung? Tidak lagi mahu pulang ke baruh? Tak reti lagi makan budu? Itu antara soalan yang pernah dituju pada saya, jawapannya ‘TIDAK’, ‘Tidak sekali aku melupakan tempat asal aku’.

Aku budak kampung, dari Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan. Pernah menetap di Kampung Telaga Bata dan bersekolah setahun di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat. Aku budak kampung, yang selamanya tetap budak kampung. Anak Kelate yang mencari ilmu dan rezeki di ibu kota, Kuala Lumpur.
Tuah kita adalah berbeza bagi setiap insan, sebab berbeza tuahlah mewujudkan warna dalam kehidupan dunia ini. Tuah saya adalah membesar dalam keluarga yang amat bahagia di sebuah kampung yang penuh dengan onak dan duri. Yang hari-hari penuh dengan fantasi semata-mata.
Aku budak kampung yang suka akan baruh dan tali air. Baruh adalah tempat permainan, selain dari mandi, misi tangkap ikan ‘spilla/karin’ (ikan laga) adalah hobi. Kejar dengan lintah dan pacat sudah jadi sebahagian dari permianan ini. Selamat lintah tak pernah lagi masuk dalam bontot kami. Ikan laga yang ditangkap akan diletakkan dalam botol kicap berwarna hijau kehitaman. Berpuluh botol ikan karin bergantungan di alang kayu bawah rumah nenek.

Bila petang menjelma ‘Satria Perkasa Hitam’ (Kamen Rider), Gavan dan beberapa siri kartun lain akan jadi peneman jiwa di TV1, TV2 dan TV3 – zaman yang masih belum kenal astro. Watak-watak adiwira yang menjadikan aspirasi diri untuk menyelamatkan dunia, membuatkan aku selalu berangan untuk mendapat kuasa untuk melindungi orang tersayang dan dunia.
Bila tahu semua watak adi wira, itu hanya fantasi semata, aku beralih pula kepada movie Rambo, Comando, Combat dan lain-lain filem ketenteraan. Filem yang amat memberi kesan kepada diri ini sehingga habis zaman persekolahan. Sampai setiap kali cikgu bertanya akan cita-cita jawapan hanya satu – Askar. Tak dapat jadi adi wira, jadi askar pun dapat selamatkan nyawa.
Main-main juga, tapi setiap kali ada rewang atau kenduri, tidak pernah sekali lupa menolong. Itu didikan ma abah, jangan malas nak menolong kalau ada kenduri. Jangan tengok saja. Kalau tak tahu nak buat apa pun, ma abah akan tetap suruh duduk dekat ngan kawah kuali, tengok dan belajar.
Zaman kanak-kanak aku, memang penuh dengan fantasi dan bermain semata. Polis sentri, selipar kaki tiga, galah panjang, bola tin, mancing ikan dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. Semua kenangan yang akan aku simpul rapi dalam ingatan yang menjadi sebahagian pembelajaran dalam hidup ini. Pelajaran yang menjadikan aku seorang manusia pada hari ini.
Terima kasih buat ma abah yang membesarkan aku selama ini. Jasa ma abah tidak mampu anak mu ini balas. Aku sayangkan kalian berdua selamanya. Ma abah dan adik beradik serta keluarga lain dengan bau tanah lumpur kampung selamanya segar di hati ini. Selamanya aku anak kampung.
hehe samalah.. suria perkasa hitam tu memang tak pernah miss waktu kecil dulu….
Doctor Blogger recently posted..Khasiat Habbatus Sauda Atau Biji Jintan Hitam
tersenyum bila terkenang zaman kita dulu-dulu..
Mus recently posted..Pakej Harian â Melancong Ke Kundasang Dan Ranau, Sabah
Fuh..
Mengimbau habis ..teringat zaman main
Guli..hehe
cikgu naman recently posted..Tak Pergi #SBB2014 Rugi
suria baja perkasa hitam… legend cerita dia…. bila teringat… sangat nostalgia..
zik recently posted..Cerita mengenai angpaw, 2014
Zaman kanak2 … syok giler… tak payah serabut kepala fikir masalah dunia… enjoy jeee
Manan Qayyim recently posted..Jawapan Jakim : Isu Halal Starbucks & Coffee Bean
macam best je… hehe, kenangan zaman kanak2 memang sukar dilupakan..
Syasya recently posted..Nama anak perempuan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha
Teringat Flashman, Maskman, Gaban & Suria Baja Hitam. Wajib tonton tu. Tak lupa Kickers
halif recently posted..Sejarah Hidup Kita Sedang Dirakamkan
zaman kesatria baja hitam dan gaban masa tu umur baru 9 tahun….rasanya…lama sangat dah tu tapi masih segar dalam ingatan.
Jamian Sarif recently posted..Jutawan Muda Hasil Perniagaan Online.
hahaha.. kalau lah masa terhenti waktu zaman kanak-kanak je kan.. bestnyaaaaa..
Azlan Vai recently posted..REVIEW Game terbaru FLAPPY BIRD
zaman kanak kanak adalah zaman terhebat…heheh