Sepetang Bersama Blogger 2014 – Buang Masa Secara Ilmiah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sekarang ini sana-sini blog yang saya pergi semua sibuk membicarakan tentang Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Tuan Denaihati dan Yeo’s yang bakal diadakan pada 8 Mac 2014 di Saloma Bistro, Ampang. Bagi semua blogger yang mempunyai masa lapang silakanlah sertai majlis ilmu Sepetang Bersama Blogger 2014 ini.

Majlis ini pasti menjadi satu acara yang amat ditunggu-tunggu oleh para blogger semua, satu majlis yang pasti mempunyai pengisian yang berilmiah. Banyak perkongsian yang berguna akan dapat, dengarnya blogger top seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa blogger top lagi akan membuat perkongsian.

Sepetang Bersama Blogger 2014
Peluang Membina Jaringan – Sepetang Bersama Blogger 2014

Pada masa ini jugalah untuk kita berkenalan dengan blogger top seperti Titan, BroFramestone, Shakiddo, cikgu saya Sohoque, Eizil, Cikgu Naman dan ramai lagi. Selain dapat imu, kita juga mendapat kawan baru yang terdiri dari blogger hebat. Berkenalan dengan orang hebat tak rugi. Ingat berkawan dengan pembuat minyak wangi kita juga akan terkena bau wangi nya, begitu juga berkawan dengan orang yang hebat pasti kita akan mendapat tempias kehebatan mereka. Inilah peluang.

Cakap banyak tak guna, bagi mereka yang ada peluang pergilah sertai Majlis Ilmu ini pasti tidak rugi. Kalau baru nak berjinak dalam dunia blog pun boleh juga sertai sebab ini peluang untuk mendapat ilmu dari blogger hebat.

Saya pun sedih sebenarnya sebab tidak dapat nak buang masa secara ilmiah di Sepetang Bersama Blogger 2014 kerana saya ada komitmen lain, iaitu kelas saya. Insyallah tahun 2014 ini saya akan tamatkan pengajian saya. Jika ada Sepetang Bersama Blogger 2015 dan 2016 saya akan sedia membuang masa secara ilmiah.

Daftar sekarang dengarnya kerusi dah nak habis. RM 20 yang dibayar untuk pendaftaran tidak rugi pun berbanding dengan ilmu yang bakal kalian ceduk nanti.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Konvesyen Usahawan Muslim 2013
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Pernah dengar tentang Konvesyen Usahawan Muslim? Jika tidak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
(Visited 10 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Sepetang Bersama Blogger 2014 – Buang Masa Secara Ilmiah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge