Tulis Isu Panas Untuk Trafik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Tulis isu panas itu adalah salah satu cara untuk tarik traffik yang tinggi ke blog anda. Amalan hot keyword pasti memberikan impak trafik yang kaboom kepada trafik, antara yang di amalkan oleh top blogger. Untuk blogger baru boleh amalkan taktik ini.

Namun, begitu jangan terlalu asyik tulis isu panas dan bermain dengan hot keyword sehingga kita lupa akan etika sebagai seorang penulis dan blogger. Jangan tulis ikut sedap tapi pertimbangkan sekali apakah impak tulisan kita kepada orang lain jika banyak impak positif dari impak negatif teruskan, tapi jika sebaliknya baik hentikan.

Kebelakangan ini banyak isu yang terpampang di akhbar dan majalah menempelak blogger, ada yang menyatakan ‘Blogger tak paham bahasa’ dan ‘Blogger tidak tahu hormat hak orang lain’. Dan lebih teruk sampai ada blogger yang disaman. Sebolehnya elakkan hal begini.

Jangan kita tulis ikut sedap rasa dek kerana mengejar trafik yang tinggi, tapi cuba pertimbangkan sekali perasaan orang lain. Orang yang terkena dengan tulisan kita. Sebagai contoh kes kematian atau bunuh, polis belum selesai siasatan kita sudah mula tulisa akan pelbagai spekulasi dan kesimpulan dan lebih menyedihkan ia menjadi satu fitnah. Ingat bahaya fitnah adalah lebih teruk dari membunuh.

Nak tulis isu panas tidak salah sebenarnya, tapi pandai pandailah menjaga etika penulisan, elakkan  timbulkan kontroversi.

Posted from WordPress for Android

Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
(Visited 31 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Tulis Isu Panas Untuk Trafik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.