Hargai Setiap Detik Anda

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Februari sudah berlalu, apakah pencapaian anda untuk dua bulan pertama tahun 2014 ini? Dan apakah pula perancangan untuk bulan Mac ini? Apakah perancangan 10 bulan lagi baki tahun 2014?

Pencapaian saya tidak banyak lagi setakat ini, sebagai seorang pekerja, seorang blogger, seorang perunding unit amanah, seorang pelajar dan seorang bapa. Tapi apa yang penting setiap detik saya adalah berharga bersama isteri dan anak tersayang, itu keutamaan saya.

Bulan Februari adalah bulan yang kelam kabut bagi saya, sibuk dengan program yang melibatkan menteri. Sesuatu yang memenatkan tapi satu pengalaman yang berharga bagi saya. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini.

Bulan Februari juga menjadi permulaan Semester baru bagi saya sebagai seorang pelajar. Harapnya ini menjadi semester terakhir buat pengajian kali ini. Sekarang ini sibuk merangka peringkat akhir untuk siapkan Pelan Perancangan Kecemasan Kilang sebagai kertas kerja saya. Susah juga jadi one man show untuk kerja yang satu kumpulan ini. Semoga apa yang saya rancang berjaya dan berjalan lancar dengan setiap detik yang semakin singkat untuk semester ini.

Dunia blogger? Terpaksa saya perlahankan rentaknya dulu buat masa ini. Maafkan saya buat semua sahabat maya saya, tidak sempat bersua muka dalam aktiviti hebat blogger seperti Sepetang Bersama Blogger 2014. Tak sempat nak minum kopi.

Apapun, 2014 memang detik indah bagi saya sebagai seorang bapa dan suami. Setiap detik bersama keluarga adalah detik paling indah, hargailah setiap detik yang ada.

Hargai setiap detik yang ada semiga tahun 2014 menjadi satu tahun yang bahagia dan berjaya buat kita semua.

Posted from WordPress for Android

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
(Visited 50 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

3 thoughts on “Hargai Setiap Detik Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.