Pengalaman Cikgu Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam hidup ini, pengalaman cikgu terbaik dan terhebat dalam hidup ini. Pengalaman akan mengajar kita erti hidup sebenar. Jika kita pandai menggunakan peluang yang ada pastinya kita akan dapat menimba pengalaman yang terhebat.

Pengalaman cikgu terbaik dalam hidup
Pengalaman cikgu terbaik dalam hidup

Sebab itulah dalam kerja sebaiknya jangan berkira dalam kerja. Ambil peluang, jangan sesekali merungut dalam kerja. Saya tahu pasti ramai yang berkata ‘Ah, penatlah semua pun aku nak buat’,  ‘Orang lain rileks je, aku pun nak rileks’, ‘Tak payah buat bukan ada orang nak marah pun’, ‘Ala bukan orang tau pun aku tak buat’ dan lain-lain lagi. Itu adalah antara keluhan biasa yang kita dengari dari diri kita atau orang lain. Keluhan bagi mereka yang suka berikan alasan bagi saya.

Ya, kerja memenatkan dan kadang-kala bila kita melihat kawan-kawan lain yang rileks saja melepak di kedai Kopi kita pun sama mahu juga melepak di kedai Kopi. Secawan kopi mengambil masa dua-tiga jam untuk dihabiskan. Separuh masa dari waktu kerja 8 jam sehari dihabiskan di kedai kopi. Fikir-fikirkanlah dalma pekerjaan adalah satu amanah, masa kerja juga amanah.

Sebenarnya semua kerja adalah pengalaman yang amat berharga. Saya sendiri tidak menafikan pengalman kerja part-time semasa belajar dari saya umur belasan tahun sehingga menuntut di universiti banyak mengajar saya sebenarnya. Kerja menjual kerepek, menjual pakaian, crew KFC, crew McDonald’s dan juga pekerja stor Jusco banyak mengajar saya erti nilai hidup yang sebenarnya.

Dalam banyak kerja, paling banyak pengajaran saya adalah semasa menjadi pekerja stro Jusco. Saat memula saya masuk menjadi pekerja stor Jusco bersama beberapa kawan sekerja yang kebanyakan mereka lepasan SPM, saya masih ingat lagi pandangan sinis oleh pekerja-pekerja Jusco dari peringkat pengurusan sehinggalah kepada cashier, promoter dan juga pengawal keselamatan. Pandangan mata tajam menikam bagaikan pekerja stor adalah manusia yang sangat keji di mata mereka. Ya, kerja kami umpama buruh kasar, kerja menyusun semua stok yang baru sampai turun dari lori disusun dalam gudang. Kerja kami tidak merasa nikmat penghawa dingin, sesekali dapat masuk kedalam ‘chiller’ sungguh nikmat tidak terkata.

Namun, pandangan sinis itu mula berubah apabila mereka mula mengetahui yang bahawa saya adalah pelajar Universiti yang sedang bercuti dan bekerja secara ‘Part Time’. Tapi ada juga yang bertanyakan saya ‘Betul ke kau student universiti’, ‘Kenapa kau tak minta promoter’, ‘Kau kena tendang universiti ke?’ dan bermacam-macam lagi persoalan. Jawapan saya hanya satu ‘Salah ke saya jadi budak stor, halalkan kerja ni?’.

Pengalaman itu yang mengajar saya untuk tidak pernah melupakan tanah tempat saya belajar bertatih walaupun kini saya terbang tinggi. Ia juga peringatan bagi saya bahawa walaupun kita berada di atas kita tetap perlu menghormati orang di bawah kita, kita di atas kerana mereka.

Ingatlah pengalaman adalah cikgu terbaik yang banyak mengajar kita erti sebenar sebuah kehidupan.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
(Visited 32 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

1 thought on “Pengalaman Cikgu Terbaik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge