Belajar Rajin Belajar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Tadi terbaca dalam surat khabar hari ini ada satu kes tertulis tajuk besar pelajar beri alasan Bosan Belajar di Sekolah, sebagai alasan untuk ponteng sekolah. Tengom gambar adik adik yang tunduk malu kerana telah tertangkap ponteng sekolah.

Bosan belajar, ya belajar memang bosan. Tapi itu bukan alasan untuk ponteng sekolah atau malas belajar. Belajar untuk ilmu memang membosankan tapi ia adalah demi kepentingan kita di masa depan. Jadi kita perlu jadikan belajar itu satu aktiviti yang menarik. Tukarkan mindset dari belajar itu membosankan jadi menarik dan menyeronokkan.

‘Kau cakap pandai lah’, mungkin ini adalah suara suara halus yang berbunyi kepada saya. Ya, saya pandai bercakap sebab saya pun sama dengan kalian suatu ketika dahulu. Saya pun rasa belajar itu membosankan, saya juga pelajar yang malas, saya juga pelajar yang kaki ponteng. Apa yang adik adik lalui hari ini saya telah lalui.

Percayalah pengorbanan yang kita buat dengan tabah dan tekun menempuh dunia sekolah yang membosankan ini pasti akan membuahkan hasil yang hebat pada kita pada masa depan. Dengan ilmu akan ubah hidup kita.

Belajar rajin belajar, jangan kau menyesal di kemudian hari. Belajar rajin belajar, semoga berjaya kita nanti. Belajar rajin belajar, insyallah terang hati kita.

Posted from WordPress for Android

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Belajar Rajin Belajar”

  1. mereka belum tahu lg.nanti bila dah masuk alam dewasa dan mula bekerja serta mempunyai keluarga baru mereka sedar yg alam persekolahan adalah alam paling seronok dan indah sekali.masa tu barulah mereka tahu dan sedar bahawa mereka telah melakukan banyak kesilapan.tapi semuanya tinggal kenangan dan tak mungkin masa dapat diundur kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge