Buat Pilihan Hidup Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku….

Lama sudah tidak menulis di daddydee.net ini dek kerana kesibukan dengan tugasan semester akhir ni, tumpuan saya lebih pada tugasan itu dari yang lain. Tugasan tersebut akan menentukan sama ada saya dapat tamatkan pengajian atau tidak. Harapan saya dapatlah saya tamatkan semua ini segera dapat berikan sedikit tumpuan pada daddydee.net yang sudah terabai.

Berbalik kepada tajuk kali, buat pilihan hidup sendiri, buat pilihan pasti satu tugasan yang sukar dalam hidup ini kerana kita sering takut untuk salah membuat pilihan. Saya juga begitu dan acap kali juga saya salah buat pilihan. Dulu saya sering menyesal kerana salah membuat pilihan, tapi masa banyak mengajar saya.

Seorang kawan pernah juga bertanya kepada saya memilih bidang pengurusan kecemasan untuk lanjutkan pelajaran dan tidak memilih melanjutkan dalam dunia kejuruteraan. Sejujurnya saya tiada jawapan yang tepat untuk itu. Tapi saya tahu asas kejuruteraan saya agak lemah dan saya rasa pengurusab kecemasan satu bidang yang seronok diterokai. Itu saja saya fikir dan itu adalah pilihan hidup saya, tanpa pengaruh dan paksaan. Dan saya tidak menyesal tapi seronok menerokai bidang baru ini.

Sama juga dalam dunia pekerjaan, saya dahulu sering bertukar pekerjaan dek kerana pelbagai asbab musabab antaranya sebab suasana tidak seronok, pengurusan syarikat tidak adil, gaji rendah, bosan dan sebagainya. Semuanya salah orang lain pada awalnya, padahal semua silap saya, kerana konflik dalam diri saya. Tapi saya tidak menyesal kerana semua ini pengalaman hidup saya, semuanya pilihan hidup sendiri. Kalau bukan kerana masa lalu saya, saya tidak akan berada di sini.

Dalam apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini, jangan pernah menyesal dengan pilihan hidup yang kita buat kerana itu pilihan kita. Setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya yang tersendiri.

Posted from WordPress for Android

Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 28 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Buat Pilihan Hidup Sendiri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.