Prasangka Menghancurkan Segalanya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

‘Dia bukan boleh buat kerja pun?’, ‘Asyik dia je?’, ‘Owh, dia kesayangan bos’, ‘Dia kuat kipas dan bodek bos’. Hentikan sifat prasangka sebegini dalam dunia kehidupan kita, hentikan sifat iri hati dan hasand dengki dalam apa jua yang kita lakukan. Sifat prasangka menghancurkan segalanya, bukan membawa keharmonian tapi kemusnahan.

Saya percaya di mana kita pergi pun tidak kira dalam dunia pekerjaan atau belajar atau dalam masyarakat seklaipun, sifat prasangka ini pasti akan ada. Sifat yang sentiasa iri dengan orang lain dan merasakan diri kita lebih bagus dari orang lain bukanlah satu sifat terpuji dan boleh dibanggakan.

Sifat prasangka buruk ini adalah satu penyakit hati, penyakit hati yang akan merosakkan diri sendiri sahaja. Sifat ini yang akan menjadikan kita merasakan diri kita sentiasa lebih dari orang lain dan berusaha menjatuhkan orang lain. Dan lebih mengecewakan akibat prasangka ada yang sanggup menggunakan sihir dan membelakangkan Allah swt. Kerana prasangka kita sanggup merosakan akidah sendiri demi mencapai impian yang tidak pasti.

Sebenarnya hanya kita yang rugi. Diri sendiri yang rugi. Sifat prasangka akan menyebabkan kita tidak akan berusaha merubah diri kita tapi hanya menyalahkan orang lain untuk apa jua keadaan. Akibatnya orang lain akan dibenci atau dibuang tapi kita tidak akan maju, tidak berusaha memajukan diri.

Ingat hari ini orang menilai kita melalui kualiti diri kita, dan jika kita ada kualiti tidak ada masalah untuk kita meneruskan hidup ini.

Hentikan prasangka buruk, berbaik sangkalah dan hidup dengan aman tenteram.

Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
(Visited 28 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.