Demi Sekeping Kertas

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Siang malam bekerja memerah keringat demi sekeping kertas. Tidak kira masa dan suasana segalanya akan manusia sanggup lakukan demi sekeping kertas. Ada yang menggunakan cara halal, ada yang menggunakan cara haram. Ada kawan sanggup bergaduh deminya, ada keluarga pecah belah kerananya. Ya, segalanya sanggup manusia lakukan demi WANG. Kuasa wang amat besar pada hari ini.

Demi sekeping kertas - Ayuh bersedekah
Demi sekeping kertas – Ayuh bersedekah (sumber)

Beberapa hari lepas sempat berkongsi dengan seorang sahabat tentang ini. Aku meluahkan rasa penat dalam dunia ‘Rat Race’ ini. Pelumbaan tanpa batasan untuk mengejar kesenangan untuk mendapatkan wang.

Kawan saya menjawab satu jawapan yang amat bernas bagi saya, katanya ‘Sebab itu kita kena perbanyakkan sedekah, kerana itu adalah hak milik kita. Wang yang dikumpul belum tentu milik kita. Apabila kita mati wang dan harta akan kita tinggal untuk waris kita, hanya sedekah yang kita bawa bersama.’

Benar kata sabahat saya itu, sebenarnya tiada apa dalam dunia ini milik kita semuanya hanyalah pinjaman dari Allah swt yang di bila-bila masa saja akan di ambil kembali. Ya, sedarlah bertapa kerdil nya kita.

Hidup ini bukanlah hanya untuk sekeping kertas, jangan letakkan sekeping kertas sebagai matlamat utama kita. Menyumbanglah kepada masyarakat, bantulah masyarakat. Tiada wang tidak mengapa mungkin kita boleh sumbangkan tenaga dan buah fikiran. Insyallah hidup kita lebih berkat dan bahagia.

Assalamualaikum... Hari ni daddydee.net ingin berkongsi pengalaman tentang ASB Loan yang telah lama dilancarkan oleh
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Berita gembira untuk Penjawat Awam, Jadual Gaji 2015
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan
(Visited 51 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

2 thoughts on “Demi Sekeping Kertas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.