Demam Bola, Kekalkan Prestasi

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Demam bola, demam bola Piala Dunia 2014, masih belum terlambat rasanya untuk saya membicarakan hal ini di sini, sekadar berkongsi rasa dan pandangan. Saya tahu ramai pembaca blog ini yang gemarkan bola sepak, gila bola, kaki bola. Kawan-kawan saya juga ramai yang begitu. Saya? Minat tapi sudah tidak segila dulu.

Demam bola Piala Dunia 2014
Demam bola Piala Dunia 2014

Jika dulu sanggup saya bersengkang mata semata untuk menonton perlawanan pasukan yang saya minat. Terutama apabila perlawanan yang melibatkan team Arsenal. Untuk perlawanan akhir Euro Champion League, Euro Cup atau World Cup, saya bersama kawan akan bersengkang mata. Tapi itu dulu, zaman-zaman saya muda remaja, zaman saya bergelar pelajar sepenuh masa. Seronok menonton bersama teman teman. Tapi itu dulu.

Kini, bila zaman saya sudah berkerjaya dan mempunyai keluarga, menonton bola bukan lagi keutamaan. Untuk berjaga malam semata untuk menonton bola bukan lagi pilihan. Sesekali jika hari cuti saya akan berjaga malam juga untuk menonton. Tapi bukan setiap malam.

Demam bola: Sneijder
Demam bola: Sneijder

Walaupun dalam mood demam bola, saya tetap perlu kekalkan prestasi kerja saya. Rehat kena cukup untuk kekalkan prestasi. Itu perlu, bukan saja bagi untuk saya tapi untuk anda semua juga. Bola-bola juga, kerja kena tetap jaga.

Jangan kerana demam bola, kita dibuang kerja. Jangan kerana demam bola, kita punah rumah tangga. Jangan kerana demam bola, kita hilang fokus. Fikir-fikirkan wahai teman. Jangan terlalu taksub dengan bola sampai kita datang lambat kerja, memandu dalam keadaan mengantuk, ponteng kerja dan lain-lain lagi. Jangan jadi seperti kejadian depan mata saya jumaat lepas, nyaris seorang akak bermotosikal di himpit oleh sebuah satria. Saya ketika itu betul di belakang satria, pemandu satria itu hilang kawalan seperti memandu dalam keadaan mengantuk.

Nak tengok boleh, pandai pandai susun jadual. Jika perlu tidurlah awal untuk berjaga untuk menonton bola. Rehat kita perlu cukup, supaya badan kita sihat dan segar untuk teruskan aktiviti harian kita.

Apapun, selamat melayan demam bola, selamat menonton Piala Dunia 2014.

Pemergian Alexis Sanchez sememangnya adalah sesuatu yang sudah diduga sejak dari awal musim lagi. Malah
Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.
Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang
(Visited 26 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge