Hargai Masa Orang Lain

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Semua ni terjadi pada minggu lepas, bukan ingin mengata sesiapa tetapi sekadar perkongsian untuk pengajaran semata. Semuanya bermula apabila saya dan isteri mencari satu part untuk ‘breast pump’ untuk anak kedua kami yang bakal lahir tidak lama lagi, disebabkan gagal menemui part terbabit di pasaraya berdekatan dan kedai barangan baby kami bercadang mendapatkan terus dari supplier.

Saya ambil inisiatif untuk emel supplier terbabit, Alhamdulillah dapat respon yang pantas menyatakan part ada dalam simpanan dan meminta saya datang ke kilang dan call sebelum datang. Bila sudah ada kelapangan saya call person in charge syarikat tersebut. Beliau menyatakan part itu memang ada dan boleh datang untuk pick up. Saya menyatakan saya akan sampai jam 12 tengahari, dan beliau tiada halangan.

Tepat jam 12 tengahari saya sampai ke kilang dan call beliau sekali lagi, untuk memberitahu yang saya ada di lobby kilang dan beliau meminta saya tunggu sekejap. Saya terpaksa menunggu didepan pintu selama 15minit dan baru dibenarkan masuk. Masuk ke dalam saya dilayan seorang auntie, saya menyatakan saya datang untuk berjumpa si polan, dan diminta tunggu. Detik demi detik berlalu, sudah 30minit tiada kelibat si polan, auntie kaunter pula rancak bergosip. Tunggu lagi saya lihat makin ramai pekerja berpusu keluar untuk makan tengahari, jam sudah pukul 1. Sekejap yang dicakapkan si polan sampai 1 jam. Baik saya tunggu lagi sekejap, tetap hampa selapas 1jam 15minit tiada seorang pun datang.

Akhirnya saya pulang dengan tangan kosong. Perjalanan yang hampir 30minit sehala, masa menunggu yang hampir 1jam 15minit telah tersia-sia. 2jam 15minit masa saya bazirkan akibat si polan yang tidak tahu menghargai masa orang lain.

Bukan ingin menyatakan saya seorang yang hargai atau tepati masa tapi sedih dan kecewa dengan tahap profesionalism si polan dan juga syarikat besar yang tiada sistem yang cekap. Kalau kedatangan saya tidak diberitahu tidak mengapa tapi sudah diberitahu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... 'Aku boss, orang lain yang mesti hormati aku',
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.