iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Blogger dan gajet adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi, jika dulu seorang blogger mungkin memerlukan sebuah komputer (laptop), kamera, perakam video dan lain-lain. Setiap kali untuk kemaskini entri blog blogger perlu satu jangka masa iaitu dari mengambil gambar kejadian, upload ke komputer seterusnya ke internet dan menaip sedikit cerita mengenai kejadian. Namun dalam dunia yang sudah semakin maju ini, hanya dengan sebuah telefon pintar sahaja yang lengkap dengan segala fungsi pasti akan memudahkan kerja seseorang blogger untuk kemaskini sesuatu entri, pasti lebih menjimatkan masa. Tidak hairan mengapa telefon pintar sentiasa menjadi gajet impian setiap blogger.

Gajet pintar seperti iPhone 5s menjadi gajet impian kerana ianya akan memudahkan kerja seseorang blogger untuk mengemaskini dan mengurus tadbir blog mereka tidak kira di mana mereka berada. Seperti kita sudah ambil maklum produk unggul keluaran Apple ini sudah tidak perlu dipertikaikan lagi kebolehfungsiannya.

5 Sebab kenapa iPhone 5s ini perlu menjadi milik saya:

  • Naiktaraf telefon sedia ada – Sungguh indah kalau ini rezeki saya, bolehlah saya naiktaraf telefon kesayangan saya iaitu Nokia cakoi yang hanya boleh membuat panggilan dan pesanan ringkas sahaja – sesekali layan game carrom kat telefon tu memang layan juga, tapi kalau dapat iPhone 5s yang boleh layan game ‘ Clash of the Clan’ pun bagus juga.
Contest iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Contest iPhone 5s gajet impian setiap blogger
  • Menangkap moment yang terbaik – Dengan adanya telefon pintar seperti iPhone 5s pastinya dapat membantu saya menangkap gambar-gambar terbaik pada setiap momen dalam hidup saya sama ada untuk koleksi peribadi ataupun untuk kemaskini entri blog. Dengan lengkapan camera 8 megapixels dengan aperature f/2.2 (bukaan yang luas membenarkan lebih cahaya masuk) yang akan dapat membantu kita menangkap gambar dalam kualiti terbaik.
  • Fungsi Panorama menjadi idaman– Fungsi ‘panorama’ dalam iPhone 5s ini pasti menjadi pilihan saya. Walaupun sesetengah orang tidak meminatinya, bagi saya fungsi ini amat membantu kerana luar permandangan yang boleh ditangkap adalah lebih besar dari biasa. Momen terbaik di sesuatu tempat yang cantik pasti lebih bermakna dengan fungsi panorama ini.
  • Beralih ke IOS – Selama ini saya hanya menggunakan ‘Android’, mungkin ini adalah peluang saya untuk beralih ke IOS yang banyak diperkatakan oleh ramai sahabat diluar sana.
  • Menjadi peneman setia – Dengan iPhone 5s yang mempunyai dimensi kompak dan kemas yang memudahkan saya memasuk ke dalam saku seluar untuk saya berjalan kemana saja dan pasti menjadi peneman setia. Dengan adanya telefon pintar ini pasti lebih mudahlah kerja saya selepas ini untuk menghantar emel dan kemaskini blog tidak kira di mana saya berada, itulah sebabnya iPhone 5s gajet impian saya.

ContestiPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ini telah dibawakan oleh Denaihati.com dan ditaja bersama oleh http://ejamothman.com, http://www.eridy.com, http://www.hilalazmi.com, http://eizil.com/, http://asamboi.my, http://www.diarymama.com, http://pendekarberkuda.org, http://www.saji.my, http://abangensem.com, http://www.enveeus.com, http://www.pakarniaga.com, http://anarm.net, http://www.daddydee.net, http://www.sunshinekelly.com, http://sweetkurma.com, http://awn.my, http://mawarmerah2008.com, http://www.blogieta.com, http://www.broframestone.com, http://www.akmaomar.com, http://khairilmazri.com dan arwah Syuhada Baharudin (bersama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah)

Bagi yang belum menyertai bolehlah sertainya segera contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger yang akan tamat pada hari ini.

Buku Denaihati

Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media
Flood In Penang Copied from IEM members group. Floods 1. Why do floods happen in
Filem Tombiruo atalha adaptasi dari novel tulisan Ramli Awang Murshid. Memang beliau antara noveles kegemaran
Assalamulaikum buat semua saudaraku... Food Truck salah satu trend perniagaan makanan yang boleh dikatakan terkini
Assalamulaikum Buat Semua Saudaraku... Lama aku tidak menulis di sini. Bukan sibuk tapi lupakan sekejap
(Visited 15 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge