Jangan Boikot Ikut-Ikutan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Isu boikot semakin hangat diperkatakan baik dalam dunia maya atau realiti, sana sini pergi kita akan melihat ramai yang berbicara isu ini. Mungkin semakin ramai mula timbul kesedaran dan prihatin terhadap penderitaan yang diterima oleh saudara kita di Palestin akibat dari serangan kejam rejim Zionis. Semua produk yang mempunyai hubung kait dengan Israel mula di boikot oleh masyarakat seluruh dunia seperti McDonalds, Starbuck, Coca Cola, Tesco, Nestle dan banyak lagi. Produk di atas ini ada antara produk yang dikaitkan dengan penyumbang kepada rejim zionis.

Jangan Boikot, ayuh berjihad
Jangan Boikot, ayuh berjihad

Dalam ramai yang sibuk menyeru yang untuk boikot ramai juga yang mempertikaikannya. Menyatakan itu hak mereka, mereka punya pasal nak makan apa, produk itu bukan haram, barang free ambil saja lah bukan kena bayar dan bermacam macam lagi. Memang pilihan di tangan kita hak kita, nak boikot kita punya hal lah, kalau tak mahu pun hak kita. Pilihan di tangan kita.

Isu boikot bukan isu halal haram, makanan itu bukan haram dimakan status ‘Halal’ yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah kekal, mahu makan atau tidak itu adalah hak kita. Dan kita tiada hak menghalang orang lain untuk makan kerana itu pilihan mereka.

Begitu juga soal sesetengah orang yang mendesak pekerja pekerja berkaitan jenama tersebut letak jawatan dengan menyatakan ‘ulat dalam batu boleh hidup’. Itu ulat saudara sekalian, kita manusia yang memerlukan pekerjaan untuk menjana pendapatan untuk tampung kos kehidupan seharian kita. Jangan sesekali cakap banyak lagi kilang lain yang memerlukan pekerja kerana kita tidak tahu apa kelebihan dan kekurangan seseorang itu. Setiap manusia itu ada banyak perbezaannya, belum tentu kilang akan menerimanya bekerja dan belum tentu dia dapat bertahan dengan bebanan kerja baru. Ingat kita semua berbeza. Jangan sesekali pandang hina atau perlekehkan sumber rezeki seseorang itu selagi ia sumber pendapatan yang halal kerana kita juga belum tahu penamat kita. Hormati mereka dan hormati sumber rezeki mereka.

Boikot dapat pahala? Sejujurnya saya tidak tahu sangat soal dosa pahala ini, mungkin ramai Ustaz diluar sana yang mampu meberikan jawapan yang padu dan jitu. Memang ada yang mengatakan Boikot itu satu jihad kecil kerana kita tidak berkemampuan untuk mengangkat AK47 untuk berjihad bersama saudara kita di Gaza. Jadi perjuangan kita adalah dengan memulau produk yang mempunyai kaitan dengan rejim Zionis dan Yahudi. Boikot juga menunjukkan kita mengecam tindakan kejam penghapusan umat Islam di Palestin oleh Yahudi.

Nak boikot, boikotlah sebetulnya. Jangan boikot sebab orang lain suruh boikot, kita boikot sebab terpaksa. Bagi saya boikotlah seikhlas hati dan secara yang berhemah. Boikot tak perlu sampai nak melakukan ‘vandalism’, tak perlu sampai melakukan ‘riot’. Boikot dengan tidak membeli produk yang berkaitan dan menggantikan dengan produk tempatan yang keluaran Malaysia dan Halal itu lagi baik.

Jangan boikot, sebab semua orang boikot. Jadi kita boikot ikut-ikutan. Tak perlu terpaksa dalam melakukan sesuatu sebab hidup ini adalah pilihan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ramai yang sibuk melaungkan 'Peace, No War', 'Save
Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel
(Visited 32 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Jangan Boikot Ikut-Ikutan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.