Teknik Menjual Diri Semasa Temuduga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk menarik perhatian bakal majikan ketika proses temuduga kerja bukan teknik menjual diri untuk aktiviti tidak sihat seperti pelacuran atau mak nyah. Sila ambil maklum, teknik itu masih belum saya terokai akan saya kongsi jika ada.

Teknik menjual diri
Teknik menjual diri

Sebenarnya saya pun sudah lama tidak di temuduga, kalau dulu semasa baru lepas habis belajar memang banyak kali temuduga boleh dikatakan hampir setiap hari dan boleh mengagak apa soalan yang bakal ditanyakan. Sebab saya hanya minta jawatan yang sama dan mempunyai skop kerja hampir sama jadi boleh lah agak soalan yang bakal di tanya.

Tapi itu dulu, sekarang bila dah lama tak di temuduga dan bakal di temuduga kembali memang agak gemuruh sebenarnya. Kalau tanya setakat soalan kerja harian Insyallah dapat saya goreng tapi kalau bertanyakan luar skop kerja atau bertanyakan soal rekabentuk atau teknikal memang mati kutu saya. Sebab telah lama meninggalkan bab ini, otak pun dah agak berkarat sebab lama tidak di asah. Pekali-pekali atau pemalar dalam sesuatu rumus pun sudah saya lupa bagaimana nak lakukan kalkusi. Hehehehe

Apa pun, hari ini saya ingin kongsikan sedikit Teknik Menjual Diri semasa temuduga:

  • Tiba awal ke tempat temuduga – ini tips biasa yang saya warisi dari guru dan lecturer saya. Bukan setakat untuk menunjukkan kita orang yang jenis menghargai masa tapi menunjukkan kita bersungguh mahukan jawatan tersebut. Lagipun kalau datang awal kalau ada yang terkurang sempat lagi kita betulkan dan buang rasa gemuruh.
  • Jaga Penampilan Diri – ‘Dont Judge The Book by Its Cover’ tapi itu kata pepatah hakikatnya manusia suka menilai dari luaran – dari penampilan diri kita. Jadi pastikan semasa sesi temuduga kita berpakaian kemas dan sopan. Kalau lelaki biasanya biarlah bertali leher. Pastikan juga kombinasi warna adalah menarik, elakkan warna yang suram dan warna yang menyakitkan mata.
  • Buat ‘Home Work’ – Lakukan sedikit ‘home work’ dengan mengkaji tentang background syarikat, visi dan misi syarikat, core business syarikat kalau boleh dapat background founder or CEO syarikat pun bagus juga. Ini menunjukkan kita berminat dengan kerja tersebut.
  • Buat Latihan – Kalau boleh buat latihan bercakap, boleh latih dengan kawan atau di hadapan cermin. Ini adalah untuk memastikan kita lebih yakin dan bersedia.
  • Jaga Kelakuan – Jaga kelakuan semasa dalam bilik temuduga dan tunjukkan tahap professionalism kita yang tinggi.
  • Bertanya Soalan – Biasa di akhir sesi akan ada sesi soal jawab. Jadi tanyalah soalan kepada penemuduga, pastikan soalan yang releven.

Itu sedikit Teknik Menjual Diri semasa temuduga yang boleh saya kongsikan. Ingat ‘First Impression’ sangat penting.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
(Visited 27 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

11 thoughts on “Teknik Menjual Diri Semasa Temuduga”

  1. tips seterusnya, baca selawat banyak2.. baca selawat ni kita jadi hebat. sbbnya sekali kita selawat atas nabi, 10 kali Allah dan malaikat selawat atas kita. Nah, bukan manusia yang selawat.. Allah sendiri yang ucap selawat atas kita. Hebat kan? tak perlu percaya kata2 saya. hanya amalkan selawat ni. insyaAllah kehebatan akan anda rasakan.

    yg lbh penting pahal dapat. syafaat nabi pun dapat nanti
    sohoque recently posted..Ayat Kena Power, Copy Writing Kena BelajarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge