Dunia Baru Alam Mahasiswa

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dunia baru - tetapkan matlamat
Dunia baru – tetapkan matlamat

Tahniah buat semua mahasiswa baru. Selamat menempuh dunia baru buat adik adik yang baru mendaftarkan diri ke Universiti tempatan, hari ini adalah hari pertama mereka ke kuliah, hari pertama mereka menempuh alam mahasiswa. Seminggu minggu suai kenal telah tamat, penat dikejar dihambat dimarah dicemuh mengikut jadual yang padat disusun oleh urusetia. Dan hari ini mungkin hari yang mendamaikan selepas seminggu dan mungkin juga hari ini adalah hari paling kelam kabut kerana perlu berdikari.

Mulai hari ini, sehingga tempoh 6 semester atau 8 semester pengajian tidak akan berlaku apa yang berlaku seminggu yang lalu semasa sesi suai kenal, tidak akan berlaku juga dunia kolej yang sering digambarkan oleh filem filem tempatan. Dunia baru alam mahasiswa adalah perihal kita tentang berdikari, perihal bagaimanakah cara kita untuk merangka kejayaan diri kita esok?

Adakah saya berjaya semasa belajar? Tidak. Saya bukan pelajar yang cemerlang semasa belajar di Universiti dulu, saya juga bukan pelajar yang kreatif dan aktif. Keputusan hanya cukup makan.

Cuba terus mencuba
Cuba terus mencuba

Dan sebab kegagalan saya berdikari semasa belajar dulu, kegagalan saya untuk merangka kejayaan diri saya esok semasa belajar di universiti dahulu membuatkan saya ingin menulis hari ini. Saya amat berharap pada adik adik mahasiswa yang baru membulatkan tekad dan sentiasa ingat apakah janji kita pada keluarga kita saat hari pertama kita memijak kaki ke Universiti? Apakah janji kita pada ayah ibu saat mereka menghantar kita ke Universiti? Ingat tanggungjawab kita sebagai pelajar dan anak?

Jangan adik jangan leka jangan lalai jangan alfa. Dunia universiti penuh dugaan kalau kita gagal kita akan hanyut. Mungkin juga ada yang akan terkejut dengan budaya baru di universiti. Pasti ada? Jangan terlalu terkejut dan mengubah diri. Kekalkan jati diri kita – jadilah diri kita yang sebenar. Tidak perlu bersalin kulit.

Universiti adalah tempat menuntut ilmu. Tuntutlah ilmu selagi boleh sehingga mencapai matlamat kita yang satu – capai kejayaan. Buat adik-adik mahasiswa, semoga berjaya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... [caption id="" align="alignleft" width="207"] Belajar Kemahiran Bagus Ke?
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk
(Visited 21 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

8 thoughts on “Dunia Baru Alam Mahasiswa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge