Kasih Seorang Isteri

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Biasa kita dengar ayat ‘Disebalik kejayaan seorang lelaki ada perempuan di belakangnya’, tiada yang tidak benar dalam ayat ini semuanya benar belaka.

‘Owh… Jadi lepas ini bolehlah mencari lebih ramai skandal dan kekasih gelap? Sebab makin ramai perempuan dibelakangnya mesti makin berjaya seorang lelaki itu kan?’ Pasti ada yang berseloroh begini bukan? Bukan begitu maksudnya, tetapi lebih kurang begini ‘Kejayaan seorang lelaki adalah kerana kekasih halal dibelakangnya, kasih seorang isteri’.

Kasih Seorang Isteri
Kasih Seorang Isteri

Tidak saya nafikan sedikit kejayaan yang saya kecapi hari ini adalah kerana sokongan keluarga saya – ibu, bapa dan juga isteri saya. Isteri saya adalah merupakan orang yang paling banyak berkorban, mungkin tanpa pengorbanan dia saya tidak akan kecapi semuanya hari ini.

Saya akui saya tidak mampu untuk menjadi seorang anak, seorang bapa, seorang pelajar dan seorang pekerja dalam satu masa tanpa isteri saya. Tapi isteri saya mampu melakukannya menjadi seorang anak, seorang isteri, seorang bapa, seorang ibu dan seorang pekerja di saat saya sedang bekerja dan juga belajar. Walaupun tampak wajahnya yang kepenatan tidak pernah dia merungut dan mengeluh, malah tetap tersenyum. Begitulah hebatnya kasih seorang isteri.

Saat anak sedang demam dia, Isteri ku sanggup bersengkang mata demi menjaga anak. Sanggup berjaga malam walaupun penat kerana kasih kepada anak. Mampukah kita seorang lelaki melakukanya? Saya tidak mampu.

Hebat kasih seorang isteri, begitulah hebat kasih seorang ibu, itulah hebatnya darjat seorang perempuan yang mampu melakukan apa yang tidak pernah termampu dek kaum lelaki. Ingat ‘Tangan yang menghayun buaian mampu menggongcang dunia’.

Duhai isteriku, terima kasih ku ucapkan kepada mu atas segala pengorbanan dan kasih sayang mu kepada diriku dan anak-anak. Duhai ibuku, terima kasih ku ucapkan kepada mu atas segala kasih sayangmu. Terima kasih atas segalanya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
(Visited 38 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Kasih Seorang Isteri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge