Mengejar Bayang

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kekadang saya merasakan bosan dengan hidup ini, merasa untuk mengalah dalam kehidupan ini, merasa untuk pasrah menerima segalanya. Semakin saya ingin membina empayar semakin saya merasakan dunia semakin menyempit, semua dinding dari semua arah mula menghimpit sehingga ruang yang luas makin sempit. Sesak sesesaknya, merasakan dunia ini makin kelam makin hilang punca.

Saya pejamkan mata menarik nafas yang dalam, mengucap Istigfar. Alhamdulillah dada semakin lapang. Saya cuba menerima segalanya dengan hati yang terbuka, saya anggapkan dugaan itu suatu yang indah. Ya hati ku semakin tenang dan saya bersyukur dengan apa yang ada.

Kejayaan yang saya kejar umpama mengejar bayang, semakin saya mendekat semakin ia menjauh. Saat saya yakin untuk menerkam, makin jauh ia melonjak. Bayang yang sentiasa mendamping tampak dekat tapi walhal jauh. Walaupun jauh saya yakin saya mampu menggengamnya walau apa dugaan mendatang.

Saya tidak akan berhenti mengejar kejayaan, walaupun umpama mengejar bayang. Kerana saya yakin tiada yang mustahil jika saya berusaha.

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
(Visited 36 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Mengejar Bayang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.