Dibanjiri Warga Asing: Semua Orang Punya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kalaulah tuan-puan berkesempatan pergi ke kawasan Kota Raya, pasti tuan-puan akan terkejut dengan kawasan yang dulu menjadi satu ikon kini dibanjiri warga asing dari Bangladesh dan Nepal. Di KLCC, pun di waktu cuti umum atau perayaan yang panjang pasti akan terkejut dengan kebanjiran warga asing di kawasan tersebut. Pekerja tapak bina dan kilang sekarang ini majoriti adalah warga asing. Itu belum lagi kita sebut mereka yang menjadi tokey-tokey karpet dan perabut di Nilai, tokey-tokey barang komputer di Low Yat Plaza dan tokey-tokey handphone di Time Square. Adakah suatu masa nanti ibu kota Kuala Lumpur akan dibanjiri warga asing sepenuhnya?

DIbanjiri Warga Asing
DIbanjiri Warga Asing (sumber: freemalaysiatoday.com)

Semalam saya ke AEON Big berdekatan rumah saya, sempat juga saya berbual dengan Ahmad, pekerja Bangladesh.

Saya bertanya kepadanya ‘Sudah berapa lama tidak balik Bangla?’.

‘Sudah lama boss, tak mahu balik lagi’ jawab Ahmad.

‘Kenapa? Sudah kahwin ke belum?’

‘Belum kahwin, tidak mahu kahwin. Tak mahu balik sana la boss’.

‘Family ada lagi ke kat sana? Kenapa tak balik tengok mereka?’ tanya saya lagi dah macam wartawan pula.

Family semua sudah ada sini, abang ada sini. Adik ada sini.’ jawab Ahmad.

Memang biasa pekerja dari Bangladesh yang datang ke Malaysia bawa keluarga ke sini, tapi bukan isteri mereka. Dulu pekerja Bangladesh di tempat saya pun begitu, memula si adik datang ke Malaysia, sudah beberapa lama adik akan tanyakan peluang kerja untuk abangnya. Dan abangnya pula datang Malaysia. Anak isteri tinggal di Bangladesh dan mereka akan hantarkan nafkah setiap bulan.

Saya pernah bebual dengan seorang usahawan kilang roti, beliau berkata beliau lebih suka mengambil pekerja Bangladesh sebab mereka ini setia, tak banyak merungut, buat apa yang kita suruh, sanggup overtime dan tiada masa minum teh. Kalau pekerja tempatan, kita ambil mereka, hantar kursus sana sini, bayar gaji bagi lagi overtime, bila cukup masa mereka lari tak datang kerja. Ada juga yang tak nak buat overtime alasannya penat.

Bila melihat situasi ini, tidak mustahil suatu hari nanti Kuala Lumpur akan dibanjiri oleh warga asing. Peluang pekerjaan untuk anak tempatan akan semakin tertutup. Nak salahkan majikan pun tidak boleh dan nak salahkan warga asing pun tidak boleh. Janganlah sampai pada suatu masa kita menjadi orang asing di tanah sendiri.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
(Visited 68 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Dibanjiri Warga Asing: Semua Orang Punya”

    1. Yup betul tu tuan. Gaji bukan murah. Tak banyak songeh tu betul tapi tak leh di layan lebih lebih nanti pijak kepala. Tapi tu la dia akan buat apa kita suruh selagi kita jaga depa. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.