Kasihnya Ibu

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya, pemeriksaan rutin, saya berehat seketika di pejabat sahabat saya. Sedang saya berehat saya didatangi seorang wanita yang dalam lingkungan 40-an rasanya, sebab saya berada di kaunter terpaksalah saya melayan kakak tersebut.

Kasihnya ibu
Kasihnya ibu

‘Assalamualaikum, dik, akak nak tanya pasal kemahiran, boleh?’  akak itu memulakan bicara.

‘Boleh, kak. Kemahiran macam mana tu?’

‘Untuk anak akak ni, dia minat menjahit. Dulu dah ambil kemahiran di A tapi separuh jalan saja bila sampai peringkat 2 ada sedikit masalah semasa dia praktikal. Jadi dia, tak boleh sambung. Sekarang ni, akak nak carikan tempat baru untuk dia belajar kemahiran. Kalau boleh biar lah menjahit’ panjang lebar akak tu cuba menerangkan situasi dia padaku, tampak kasihnya ibu di wajah akak itu. Seorang ibu yang risau akan masa depan anaknya.

‘Keputusan dia macam mana ya kak? Untuk menjahit kita ada sediakan kursus peringkat diploma dan sijil. Kalau tahu keputusan dia senang saya nak bagi cadangan’. Saya cuba mendapatkan maklumat lanjut.

‘SPM dia tak berapa cantik. Memang teruk. Dia tak ambil Bahasa Melayu. Dia tak pergi masa exam rasanya. Tu yang akak nak carikan dia kemahiran.’ Akak tu bercerita perihal anaknya tampak dia sedikit serba salah untuk menceritakan tentang keputusan anaknya.

‘Tak apa kak, boleh tu. Tak jadi masalah. Mungkin akak boleh ke……..bla….bla…..’ Saya memberikan cadangan pada akak itu untuk menyelesaikan masalah beliau. Sempat juga saya bertanya akak tu dia tinggal di mana. Nyata agak jauh dari situ, tapi beliau sanggup datang demi untuk sedikit maklumat demi masa depan anaknya. Begitulah kasihnya ibu, sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.

Bila teringatkan perihal akak tersebut, saya berasa betapa bertuahnya adik itu yang mendapat ibu yang sangat penyayang dan bertanggung jawab. Walaupun adik itu sudah boleh berdikari tapi ibu itu tetap membantunya, mencarikan maklumat untuk adik itu sambung belajar. Saya doakan agar adik itu akan membanggakan ibunya pada suatu hari nanti.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

1 thought on “Kasihnya Ibu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge