Pokok Tumbang : Patutkah Pokok Berusia Di Tebang?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri insiden akibat dari ribut kencang melanda sekarang ini. Antaranya tragedi maut di hempap pokok, pokok tumbang, bumbung jejantas tercabut, dinding tanggal dan bumbung tercabut kerana ribut kencang. Tiupan angin kencang memang agak menakutkan sehari dua ini.

Pokok tumbang : Pokok berusia lebih berisiko
Pokok tumbang : Pokok berusia lebih berisiko

Saya tidak nafikan saya juga suka kawasan hijau. Kalau serabut kepala saya akan ambil masa untuk tunggang motosikal di kawasan Lenggok Duta dan Bukit Aman, kawasan yang masih terpelihara kehijauannya di sekitar ibu kota. Memang mendamaikan. Kalau saudara semua berpelung melalui kawasan ibu kota, masih banyak pokok berusia atau ‘pokok heritage’ yang menghiasi lanskap ibu kota. Memang tidak dinafikan pokok-pokok ini mempunyai nilai yang tertentu. Namun, pokok-pokok yang berusia ini jugalah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk tumbang.

BIla melihat pokok berusia ini teringat ketika terlibat dengan satu projek pembinaan, terdapat satu isu pokok berusia di tapak, terletak di bahagian atas dan tepi cerun, cerun setinggi 10m, dibahagian bawah cerun menempatkan bangunan utama,  pihak kontraktor mencadangkan agar pokok tersebut ditebang bagi membolehkan cerun dan lebih selamat dan stabil, kontraktor juga beralasan bagi mengelakkan kejadian pokok tumbang yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan nyawa. Tapi pihak berkuasa membantah dengan alasan pokok heritage berusia hampir 60 tahun (kalau tak silap saya) dan mencadangkan untuk memindahkannya. Namun kontraktar membantah kerana sukar untuk memindahkan, dan mencadangkan untuk ditebang dan membina satu lanskap baru. Hal ini berlanjutan sehingga 6 bulan. Akhirnya pokok yang ingin di bela mati jua dan barulah boleh di tebang.

Pada pandangan saya, pokok yang berusia yang terletak berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, pejabat, sekolah, perumahan atau memana kawasan yang berisiko perlukan satu penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan sebarang kehilangan harta benda dan nyawa. Di sini saya ada beberapa cadangan:

  • Pokok berusia di tebang dan digantikan dengan pokok baru bersertakan konsep lanskap moden bagi mengekalkan kehijauan bandar. Contohnya penggunaan pokok bucida yang banyak digunakan sekarang.
  • Pokok berusia di alihkan ke tempat yang telah diwartakan sebagai taman hijau atau hutan simpan. Yang mana jauh dari kawasan awam.
  • Pokok berusia di ibu kota di senaraikan dan diberikan perhatian yang khusus. Mungkin penwujudan satu pasukan untuk menjaga pokok pokok berusia ini, mungkin pasukan ini boleh bertindak dengan mencantas/memotong dahan besar yang berisiko untuk patah.

Sememangnya hidup dan mati tidak dapat dipisahkan tetapi ada baiknya untuk kita mengurangkan kadar risiko dan membina kawasan yang lebih selamat. Jangan selalu bertindak selepas, ia akan terlambat.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 32 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge