Banjir Lumpur Di Cameron Highland

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Pertamanya saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca entri kali ini terutama bagi mereka yang berkaitan dengan tragedi Banjir Lumpur Di Cameron Highland. Entri kali ini bukan untuk menunjuk pandai dan bukan mahu berlagak ini hanya pandangan peribadi saya seorang rakyat marhain.

Banjir Lumpur di Cameron Highland
Pembinaan di Cameron Highland

Pada keluarga yang terlibat dalam di dalam tragedi ini saya ucapkan takziah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Semoga mereka akan dapat mengharungi dugaan ini.

Kejadian Banjir Lumpur di Cameron Highland berulang buat kali kedua. Bukan pertama kali. Tapi dua kali dalam satu jangka masa yang amat singkat sekali. Mungkin ini satu petanda kepada kita umat manusia agar tidak begitu rakus menceroboh alam semulajadi.

Banjir Lumpur di Cameron Highland
Pertanian di Cameron Highland

Bukan saya ingin menunding jari tapi itu hakikat yang terjadi di Cameron Highland sekarang ini, terlalu banyak tanah baru diteroka dan diceroboh untuk dijadikan kawasan pertanian. Kawasan pertanian ini pula dilakukan tanpa mengikut peraturan yang tersedia oleh pihak berkuasa, kawasan pertanian yang dibina dilakukan secara hentam keromo. Tanpa mengambil kira kesan keatas alam sekitar kelak. Tiada langkah pengawalan untuk kawasan yang dibina – cerun dipotong tidak mengikut speksifikasi, tiada kawalan lumpur (silt trap), banyak lagi isu sebenarnya.

Isu pendatang asing menceroboh tanah untuk dijadikan kawasan pertanian pun satu isu juga. Mereka melakukan kerja pembersihan tanah tanpa mengikut peraturan tersedia. Kalau di masuk ke kawasan kebun kecil di sana banyak yang mula di usahakan oleh pendatang asing.

Sedikit saranan saya bagi mengelakkan kejadian ini berulang:

  • Penguatkusaan yang telus ke atas isu pencerobohan tanah
  • Penwujudan kawasan pertanian/perumahan baru perlu dikawal – agar alam hijau semulajadi dapat dikekalkan
  • Penwujudan kawasan pertanian perlu mengikut standard yang ditetapkan
  • Pembersihan lumpur di sungai-sungai di puncak Cameron Highland – lumpur dikeluarkan
  • Mendidik masyarakat setempat tentang pentingnya pemuliharaan alam semulajadi
  • Mendidik masyarakat setempat untuk sentiasa siap siaga menghadapi situasi cemas seperti banjir lumpur dan tanah runtuh

Diharapkan kehijauan kawasan perlancongan ini dapat dikekalkan dan tiada lagi kejadian banjir lumpur di Cameron Highland kelak.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari ini kita dikejutkan oleh kes banjir lumpur
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 26 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Banjir Lumpur Di Cameron Highland”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge