Khabar Dusta : Perang Zaman Teknologi

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Berkongsi sedikit intipati khutbah Jumaat hari ini iaitu khabar dusta. Dalam zaman teknologi sekarang ini penyebaran khabar dusta atau berita palsu amatlah mudah dengan hanya satu klik dalam satu saat berita itu dapat tersebar ke seluruh dunia.

Kini kita boleh lihat pelbagai aplikasi yang boleh kita gunakan untuk menyebarkan sesuatu khabar seperti facebook, tweeter, blog, whatapps, telegram, chat on dan lain-lain lagi, semuanya memudahkan dan kebanyakan adalah percuma. Cuma kita sebagai pengguna perlu bijak memilih aplikasi mana yang lebih berguna untuk menyebarkan khabar dan khabar apakah yang mahu kita sebar. Khabar baik, khabar buruk, khabar yang benar atau khabar dusta – tapi ingat setiap khabar yang kita sebarkan kita pasti akan mendapat saham akhirat.

Khabar dusta mudah disebarkan hari ini
Khabar dusta mudah disebarkan hari ini

Dengan satu klik, sesuatu khabar boleh tersebar ke seluruh dunia. Memang amat mudah sekali. Dan penyebaran ini akan jadi berganda-ganda apabila setiap orang memilih untuk berkongsi dan bayangkan jika yang dikongsikan adalah berita palsu malah suatu fitnah? Kita yang menulisnya dan yang berkongsikannya akan mendapat sahamnya. Saham negetif di akhirat kelak.

Ingat dalam Islam – Allah swt dan Rasullullah juga tidak menyukai orang suka berdusta dan menyebarkan khabar dusta.

Bukan salah teknologi kerana Islam juga menggalakkan pengkajian dalam bidang pembangunan teknologi. Tapi kita sebagai manusia perlu bijak memilih dan menilai sebelum menyebarkan sesuatu berita. Sebolehnya pastikan berita yang ingin kita sebarkan adalah sesuatu yang benar. Dan lagi molek jika yang disebarkan itu ilmu yang mampu memberi manafaat kepada orang lain yang membacanya. Sebagai seorang penulis, hal ini kita perlu terapkan dalam diri, kita menulis biarlah sesuatu yang benar dan bermanafaat – elakkan menulis cerita dusta hanya demi kerana duit.

Bersamalah kita memperbaiki diri kita dari hari ke hari dan menjauhkan diri dari menulis sesuatu yang dusta.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku? Semoga semuanya sihat sejahtera
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Pertempuran di Lahad Datu dan sekitar Sabah antara
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
(Visited 29 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

One thought on “Khabar Dusta : Perang Zaman Teknologi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.